RESEARCH MANAGEMENT CENTRE, UTM

11
Sep

MALAYSIA LABORATORIES FOR ACADEMIA-BUSINESS COLLABORATION (MyLAB) BIL.2/2013, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Dimaklumkan bahawa pihak Kementerian akan membuka permohonan Malaysia Laboratories for Academia-Business Collaboration (MyLAB) Bil.2/2013 yang sebelum ini dikenali sebagai Central Lab Management (CLM) kepada semua IPT mulai 9 September – 18 Oktober 2013. Setiap permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan satu(1) salinan kertas cadangan yang lengkap (full proposal) dengan menggunakan format seperti di Lampiran A melalui pihak Pengurusan Penyelidikan (RMC) IPT masing-masing. Pihak RMC IPT pula perlu menghantar kertas cadangan yang lengkap berserta Borang Ringkasan Permohonan MyLAB (Lampiran B) dan senarai semak penghantaran (Lampiran C) selewat-lewatnya pada 18 Oktober 2013 melalui pos dan emel kepada alamat berikut:

Urus Setia MyLAB
Bahagian Perancangan Kecemerlangan IPT (BPKI)
Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 7, No.2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 PUTRAJAYA.
No. Tel: 03-8870 6967 / 03-8000 8000 ext 4578
No. Faks: 03-8870 6867
E-mel : mylabbpki@mohe.gov.my

Garis Panduan Permohonan Program MyLAB dan Format Penulisan Kertas Cadangan juga boleh dimuat turun daripada laman web Kementerian Pendidikan Malaysia (Sektor Pengajian Tinggi) http://www.mohe.gov.my.

>> GARIS PANDUAN/LAMPIRAN