RESEARCH MANAGEMENT CENTRE, UTM

5
Dec

Pindaan Proposal FRGS Fasa 2/2013 di Sistem Mygrants

Kepada Penerima Geran FRGS Fasa 2/2013

Yang Berbahagia Dato/Prof/Prof Madya/Dr,

Tahniah kepada KP yang telah berjaya daftarkan geran dalam RADIS.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa setiap ketua projek yang berjaya menerima geran FRGS fasa 2/2013 perlu  membuat pindaan proposal di dalam Sistem Mygrants. Setelah pindaan proposal selesai dibuat ianya perlu disubmit semula ke RMC. Seterusnya RMC akan memperakukan pindaan proposal tersebut.
Walau bagaimanapun pihak kami mendapati masih terdapat ketua projek yang belum berjaya untuk mengakses Sistem Mygrants disebabkan masalah teknikal MyGrants ‘License limit exceeded’. Perkara ini telah dimaklumkan kepada pihak team Technical Mygrants agar dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

Pemakluman dari semasa ke semasa akan diberitahu melalui portal RMC ( https://rmc.utm.my) dan email rnd.net RMC-RND-NET@GROUPS.UTM.MY. 

Manual pindaan proposal boleh didapati di portal RMC pada perkara bertajuk “Pindaan Proposal FRGS Fasa 2/2013 di Sistem Mygrants“.


Thank You and Best Regards