RESEARCH MANAGEMENT CENTRE, UTM

24
Dec

Penghantaran laporan Perkembangan Projek Penyelidikan Bagi Tempoh Jul-Dec 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa semua Ketua Projek dikehendaki menghantar Laporan Perkembangan Projek Penyelidikan bagi tempoh Julai-Disember 2013. Penghantaran Laporan Perkembangan hendaklah menggunakan format Laporan Perkembangan secara atas talian/online menerusi RADIS. Menu capaian boleh diperolehi menerusi SISTEM RADIS

Untuk makluman, Modul Laporan Perkembangan ini telah dilancarkan pada September 2013. Jika ada di antara Ketua Projek yang masih belum menghantar laporan perkembangan bagi tempoh Januari-Jun 2013, Ketua Projek adalah sangat dialu-alukan untuk mengisi dan menghantar laporan tersebut.

Tarikh akhir penghantaran Laporan Perkembangan Julai-Disember 2013 ialah pada 31 Januari 2014. Sila patuhi tarikh penghantaran laporan perkembangan bagi melancarkan proses penilaian dan pengemaskinian data di peringkat RMC. Sekiranya laporan perkembangan tidak dihantar dalam masa yang ditetapkan, permohonan GUP 2014 tidak akan dipertimbangkan.

Sila rujuk manual penggunaan modul di lampiran yang disertakan. Laporan Perkembangan ini meliputi bagi semua jenis geran kecuali Geran Sciencefund yang mana laporan perkembangan masih lagi menggunakan sistem ernd MOSTI.

Sekian, Terima Kasih

  • MANUAL PENGISIAN LAPORAN PERKEMBANGAN SECARA ONLINE DI RADIS