RESEARCH MANAGEMENT CENTRE, UTM

12
Feb

MAKLUMAN PEMBUKAAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PANJANG (LRGS) FASA 1/2014

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan geran penyelidikan bagi menjalankan program penyelidikan di bawah Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang (LRGS) Fasa 1/2014 akan dibuka kepada kumpulan penyelidik di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) bermula pada 12 Februari sehingga 12 Mac 2014.

3. Untuk makluman YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato?/ Prof./ Dr., permohonan Skim LRGS Fasa 1/2014 hendaklah dikemukakan melalui kertas konsep yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan berdasarkan kepada Garis Panduan LRGS pindaan 2014. Tempoh penyelidikan adalah dari 3 hingga 5 tahun dan mestilah melibatkan sekurang-kurangnya tiga (3) Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Siling bagi setiap program LRGS adalah RM3 juta setahun.

4. Pemohon boleh melayari laman web http://mygrants.gov.my untuk mengisi permohonan LRGS Fasa 1/2014 secara online mulai 12 Februari 2014. Garis Panduan LRGS pindaan 2014 boleh dirujuk melalui laman web MyGRANTS atau www.rmc.utm.my

Maklumat Penting :

i. Permohonan secara atas talian (online) melalui sistem MyGRANTS

ii. Pemohon perlu update profile.

iii. Pihak RA perlu melakukan penilaian dalaman

iv. Permohonan Nic adalah terbuka dan tidak terhad kepada 7 Nic LRGS sedia ada

v. Sila rujuk format Kertas Konsep LRGS 2014 dan Garis Panduan LRGS pindaan 2014

vi. Permohonan LRGS yang telah lengkap tidak perlu dikemukakan secara hardcopy kepada KPM (hanya melalui sistem MyGRANTS sahaja).

vii. Jadual kerja LRGS adalah seperti berikut:

Task Action Date
Announcement through RnD Net RMC 12/2/2014
Concept Paper Preparation Project Leader 26/2/2014
Submission, Evaluation & Amendment of Concept Project Leader & Research Alliance 26/2/2014 – 5/3/2014
Submission Concept to RMC Research Alliance 26/2/2014 – 5/3/2014
Clarify & Verify Concept Paper RMC 5/3/2014 – 11/3/2014
Submission Concept to KPM RMC 12/3/2014

Sila hubungi Pn. Salina (ext : 37806) atau salina-s@utm.my sekiranya memerlukan sebarang maklumat lanjut

  • Garis Panduan Permohonan Geran LRGS 2014 NEW!!
  • Surat Pembukaan LRGS 2014 NEW!!