RESEARCH MANAGEMENT CENTRE, UTM

19
Feb

PEMAKLUMAN PINDAAN GARIS PANDUAN GERAN PENYELIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

Adalah dimaklumkan bahawa pihak Jabatan telah membuat pindaan garis panduan geran penyelidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi tahun 2014. Perkara-perkara yang dipinda dalam garis panduan adalah seperti dinyatakan di Lampiran. Garis Panduan (pindaan tahun 2014) bagi FRGS, LRGS, PRGS, RAGS, TRGS, NRGS, RACE dan GSP boleh dicapai melalui laman web http://jpt.mohe.gov.my/menupenyelidik.php dan https://mygrants.gov.my/main.php. Manakala permohonan bagi geran ERGS dijumudkan berkuatkuasa 29 Jan 2014.

Sehubungan itu, pihak YBhg. Dato/Datuk/Prof./Dr. diminta untuk mengambil perhatian dan tindakan bagi perkara yang dinyatakan dalam perenggan di atas. Tarikh berkuatkuasa perkara ini adalah dari tarikh surat ini dikeluarkan.

Perkara yang dinyatakan di atas adalah untuk perhatian dan tindakan selanjutnya oleh pihak YBhg. Dato/Datuk/Prof./Dr. jua.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,

(PROF. MADYA ENGR. DR. JANATUL ISLAH BINTI MOHAMMAD)
b.p: Ketua Pengarah
Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pendidikan Malaysia

Leave a Reply

%d bloggers like this: