RESEARCH MANAGEMENT CENTRE, UTM

2
Mar

ANUGERAH PENYELIDIKAN (CITRA KARISMA 2014)

Penyelidik yang dihormati,

Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) MEMPELAWA semua penyelidik yang mempunyai projek penyelidikan tamat pada tahun 2013 untuk menghantar pencalonan Anugerah Penyelidikan 2013 sempena Majlis Citra Karisma 2014 yang akan diadakan pada bulan Jun 2014.

Anugerah penyelidikan merupakan pengiktirafan tertinggi universiti kepada aktiviti penyelidikan di UTM. Ia diwujudkan oleh pengurusan UTM bagi memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada penyelidik yang telah menunjukkan kecemerlangan serta memberi sumbangan besar terhadap pembangunan dan peningkatan penyelidikan di universiti. Maklumat terperinci anugerah sila rujuk :

Terdapat dua (2) kategori anugerah iaitu :

1. Anugerah Tokoh Penyelidik (Distinguished Researcher Award) yang mengiktiraf individu yang cemerlang dalam penyelidikan dan;
2. Anugerah Penyelidikan (Research Award) yang mengiktiraf kecemerlangan projek penyelidikan.

Borang pencalonan boleh diperolehi melalui pautan berikut :

Sukacita sekiranya borang permohonan yang telah lengkap diisi dapat dikepilkan bersama bukti dan dimajukan kepada RMC sebelum atau selewat-lewatnya pada 30 Mac, 2013 untuk tindakan urusetia selanjutnya. Segala pertanyaan boleh berhubung dengan Pn. Sumi Isman di talian 37807 atau email sumi@utm.my / Pn. Nurlaily Zakaria di talian 37591 atau email nurlaily@utm.my

Sekian, terima kasih.

 

Leave a Reply

%d bloggers like this: