RESEARCH MANAGEMENT CENTRE, UTM

10
Feb

Pemakluman Perlaksanaan Modul Online Claim & Payment 2016

Assalamualaikum wtr wbt /  Salam Sejahtera

Yg Dihormati Prof. / Prof. Madya. / Dr / Warga Penyelidik,

Sebagai satu lagi inovasi pengurusan kewangan penyelidikan dan selaras dengan kelulusan Pekeliling Bil 2.2015 – Tuntutan & Pembayaran Secara Atas Talian Bagi Aktiviti Yang Menggunakan Dana Penyelidikan, sukacita dimaklumkan bahawa perlaksanaan modul berkaitan akan dibuat secara berperingkat bermula dari 3 Januari 2015 – 31 March 2015. Pekeliling tersebut boleh dicapai melalui laman web Pejabat Bendahari atau klik disini.

Di dalam tempoh 3 bulan ini, Ketua Projek AMAT DIGALAKKAN menghantar permohonan secara atas talian seperti yang telah diluluskan pekelling. Walaubagaimanapun Bahagian Kewangan RMC masih menerima permohonan secarahardcopy sekiranya dokumen tuntutan telah disediakan lebih awal.

Bermula 1 Apr 2015, hanya tuntutan secara atas talian (online) sahaja yang akan diterima dan diproses.

Bahagian Kewangan RMC telah menghubungi Tim.Dekan (P&I) Fakulti, Pengarah Kanan Institut dan Penasihat Akademik (P&I) untuk mendapatkan tarikh, masa dan tempat bagi sesi taklimat berkaitan modul ini di fakulti masing – masing.

Kerjasama dan perhatian dari warga penyelidik didahulukan dengan jutaan terima kasih.


Terima Kasih

Muhammad Tariq bin Rahmalan

Penolong Bendahari Kanan (W44)
Bahagian Kewangan
Pusat Pengurusan Penyelidikan
Tel : 075537869