RESEARCH MANAGEMENT CENTRE, UTM

1
Apr

Program Khidmat Masyarakat RMC

30 Mac 2017
Badan Kebajikan RMC (UTM), telah menganjurkan Program Khidmat Masyarakat serta agihan keperluan kepada golongan gelandangan sekitar Bandaraya Johor Bahru dengan kerjasama Kelab Riadah Anak Johor. Objektif program adalah bagi menghulurkan bantuan serta khidmat masyarakat kepada komuniti yang memerlukan.
Seramai 20 orang sukarelawan dari RMC serta 20 orang sukarelawan dari Kelab Riadah Anak Johor turut serta dan telah bermula pada jam 12:00 tgh malam.
Sebanyak 150 pek makanan serta keperluan harian selesai di agihkan pada Jam 3.30 pagi.
Pihak RMC mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua sukarelawan yang terlibat, para penyumbang juga kepada penaja yang terdiri dari Scholar’s Inn UTM dan Wan Legend Pulai Perdana.
Semoga aktiviti kemasyarakatan seperti ini sentiasa berterusan bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik.

      

Leave a Reply

%d bloggers like this: