25 Mei 2017 (Khamis).
Pejabat RMC telah mengadakan Program Team Building kepada stafnya bertempat di Hutan Rekreasi UTM Johor Bahru pada jam 8:00 pagi – 5:00 petang.
Program ini diadakan bertujuan untuk membina semangat bekerja kepada staf, memupuk kesedaran mengenai penggunaan masa yang lebih efisyen dalam bekerja,memupuk nilai-nilai harmoni semasa bekerja serta mengeratkan lagi hubungan sesama staf.
Program ini diselitkan dengan sesi mendengar taklimat yang disampaikan oleh Pn. Raihan dari Pej. Penasihat Undang-undang UTM, serta penceramah dari luar iaitu Ustaz Elyen pada sebelah pagi hingga ke tengah hari.Pada sebelah petangnya pula diadakan sesi Outdoor dalam bentuk kumpulan sehingga selesai.
Semoga program-program seperti ini dapat diadakan lagi di masa akan datang seiring langkah menuju kecemerlangan
Pejabat RMC.
Terima Kasih.