RESEARCH MANAGEMENT CENTRE, UTM

1
Aug

PEMBUKAAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN TRANSDISIPLINARI (TDR) 1/2018

Penyelidik yang dihormati,

Sukacita dimaklumkan permohonan bagi  Geran Penyelidikan Transdisiplinari (TDR) 1/2018  dibuka mulai 1 hingga 31 Ogos 2018.

Geran Penyelidikan Transdisiplinari merupakan inisiatif geran baru menggunakan peruntukan Universiti Penyelidikan yang diperkenalkan untuk menggalakkan projek berimpak bagi memenuhi kepentingan/keperluan nasional.

Kriteria :

  1. Program penyelidikan perlu mengandungi minimum TIGA (3) hingga LIMA (5) projek.
  2. Ketua program terdiri daripada staf berjawatan Profesor Madya dan ke atas.
  3. Setiap program mesti melibatkan sekurang-kurangnya DUA (2) Research Group (RG).
  4. Ketua Program dan Ketua Projek hanya boleh menerajui SATU (1) program/projek sahaja pada sesuatu masa pada fasa yang sama.
  5. Projek mestilah bersifat multidisiplin.
  6. Program terdiri dari kombinasi Tier 1 dan Tier 2.
  7. Jumlah maksima peruntukan bagi setiap program adalah RM300,000.00.
  8. Tempoh projek penyelidikan tidak melebihi 36 bulan.
  9. Tarikh mula projek adalah pada 1 November 2018.
  10. Kertas konsep yang lengkap perlu dikemukakan kepada Research Alliance (RA) masing-masing sebelum atau pada 31 Ogos 2018 mengikut format yang ditetapkan.

 

Bersama-sama ini dilampirkan:

  1. Garis Panduan Geran Penyelidikan Transdisipinari (TDR)
  2. Jadual Kerja
  3. Format Penulisan Kertas Konsep

sebagai rujukan dan untuk tindakan selanjutnya.

Sebarang pertanyaan, penyelidik boleh hubungi Research Manager atau Assistant Research Manager masing-masing.

 

Sekian, terima kasih.

Hartini binti Darsono
Deputy Registrar
Research Management Centre
UTM, Johor Bahru
Tel: 07-5537837