Dimaklumkan permohonan bagi Geran Universiti Penyelidikan (GUP) Tier 2 2019 telah dibuka. Tempoh permohonan adalah pada 21 April hingga 5 Mei 2019.

Semua permohonan perlu dihantar secara atas talian melalui sistem RADIS https://radis.utm.my sebelum atau pada  5 Mei 2019 (Rabu).

Kriteria :

1. Pemohon mestilah terdiri daripada staf akademik UTM (tetap & kontrak) seperti berikut :

                             i.            Staf akademik dengan gred jawatan DS52 dan ke bawah; atau

                             ii.           Staf akademik (warganegara) yang baru menamatkan PhD dalam tempoh SATU (1) tahun dari tarikh menerima kelulusan PhD tersebut; atau

                             iii.          Staf akademik yang baru berkhidmat di UTM; atau

                             iv.           Staf akademik  (warganegara) yang tidak pernah mempunyai geran selepas menerima  PhD  dalam tempoh lebih setahun

2. Bagi pemohon staf akademik kontrak perlu melibatkan DUA (2) orang staf akademik  bertaraf tetap sebagai ahli projek

3. Keahlian dalam projek penyelidikan ini wajib melibatkan seorang staf akademik berjawatan  Profesor Madya dan ke atas sebagai MENTOR serta

DUA (2) orang  staf akademik lain

4.  Keutamaan diberikan kepada Penyelidik yang memilih niche area yang ditetapkan oleh Research  Alliance (RA) dengan merujuk Lampiran 1 : Senarai niche area. Pilihan niche area perlu dibuat di sistem RADIS

image.png
image.png