RESEARCH MANAGEMENT CENTRE, UTM

21
May

PEMBUKAAN PERMOHONAN: GERAN COLLABORATIVE RESEARCH GRANT (CRG) UTM-NATIONAL TAHUN 2019

PEMBUKAAN PERMOHONAN: GERAN COLLABORATIVE RESEARCH GRANT (CRG) UTM-NATIONAL TAHUN 2019

Dimaklumkan Geran Collaborative Research Grant (CRG) UTM-National Tahun 2019 sekarang telah dibuka untuk permohonan. Tempoh permohonan adalah pada 20 Mei 2019 hingga 30 Jun 2019.

Semua permohonan perlu dihantar secara hardcopy ke pejabat Research Alliance masing-masing sebelum atau pada 30 Jun 2019 (Ahad).

KRITERIA :

               

  1. Pemohon mestilah terdiri daripada staf akademik tetap atau kontrak UTM
  2. Bagi pemohon staf akademik kontrak perlu melibatkan SATU (1) orang staf akademik bertaraf tetap sebagai ahli projek
  3. Bilangan minimum keahlian dalam projek penyelidikan ini adalah dua (2) orang staf akademik termasuk Ketua Projek
  4. Ketua Projek hanya boleh mengetuai satu projek CRG sahaja
  5. Ketua Program mestilah daripada penyelidik UTM

SYARAT PERMOHONAN:

  1. Program mesti melibatkan kolaborasi di antara  UTM  dan  3 kolaborator samada dari Universiti Awam /Universiti Swasta/ Agensi Kerajaan/ NGO
  2. Setiap program perlu mengandungi  4 projek yang terdiri:
  3.              1 projek diketuai oleh Penyelidik UTM
  4.              3 projek terdiri samada dari Universiti Awam /Universiti Swasta/ Agensi Kerajaan/ NGO
  5. Bagi setiap projek yang diketuai oleh rakan kolaborasi perlu ada penyelidik UTM sebagai ahli projek

DILAMPIRKAN DOKUMEN PERMOHONAN CRG UTM-NATIONAL SEPERTI BERIKUT:

  1. Garis Panduan CRG UTM-National dan Format Surat Niat (LoI)
  2. Kertas Konsep
  3. Format Pembentangan – Slide CRG UTM-National

Berikut adalah jadual pelaksanaan dan proses permohonan Geran CRG UTM-National 2019: