Project Management

Pelantikan Tenaga Kerja

Aktiviti Penyelidikan

Permohanan Pelantikan RO/ARO/RA/RSG/SPB

01. Apakah tujuan perlantikan Research Officer (RO), Assistant Research Officer (ARO), Research Assistant (RA), Research Student Grant (RSG)?
1. Membantu penyelidik menjalankan penyelidikan di UTM.
2. Mewujudkan minat dan kecenderungan dalam bidang penyelidikan.
3. Menyumbang kepakaran dan idea dalam perkembangan aktiviti penyelidikan ke arah penyelidikan yang cemerlang dan mempunyai nilai komersil.
4. Membantu UTM mencapai matlamat ke arah sebuah Universiti Bertaraf Dunia.
5. Melahirkan generasi baru sebagai pemangkin dalam penyelidikan pada masa akan datang.
6. Menambah bilangan tenaga kerja penyelidikan selaras dengan keperluan negara
Back to top

02. Apakah tujuan perlantikan Skim Pelajar Bekerja (SPB)?
• Membantu mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja bagi menjalankan penyelidikan di Universiti.
• Menyemai dan menggalakkan mahasiswa Universiti untuk terlibat dalam bidang penyelidikan.
• Menggalak dan meningkatkan perkembangan penyelidikan di Universiti dengan kerjasama mahasiswa yang berminat.
• Memberi pendedahan alam pekerjaan kepada mahasiswa.
Back to top

03. Apakah fungsi Unit Lantikan?
– Unit lantikan bertanggungjawab untuk menguruskan perlantikan, penyambungan, penamatan perkhidmatan, pelarasan gaji atau elaun bagi RO/ARO/RA/RSG/SPB dan bertanggungjawab untuk menguruskan permohonan menjemput Tenaga Pelawat Akademik ke UTM.
Back to top

04. Bagaimanakah cara untuk memohon jawatan dalam Projek Penyelidikan?
– Boleh rujuk kepada syarat kelayakan setiap permohonan mengikut jawatan yang dipohon dan rujuk borang permohonan yang perlu di lengkapkan bersama dokumen sokongan kemudian hantar ke RMC untuk kelulusan.
Back to top

05. Apakah kelayakan jawatan untuk seorang mahasiswa ijazah lanjutan di UTM dan mengambil program sepenuh masa penyelidikan?
– Mahasiswa tersebut layak dilantik sebagai Research Student Grant (RSG) atau Skim Pelajar Bekerja (SPB).
Back to top

06. Apakah kelayakan jawatan untuk seorang mahasiswa ijazah pertama sedang bercuti semester, bolehkah mahasiswa tersebut dilantik dalam projek penyelidikan?
– Boleh. Jawatan yang layak dilantik adalah Skim Pelajar Bekerja (SPB) sahaja.
Back to top

07. Apakah kelayakan jawatan untuk seorang mahasiswa ijazah lanjutan di UTM yang mengambil program sepenuh masa kerja kursus atau program separuh masa penyelidikan dan program separuh masa kerja kursus?
– Mahasiswa tersebut hanya layak dilantik dengan jawatan Skim Pelajar Bekerja (SPB) sahaja.
Back to top

08. Apakah kelayakan jawatan untuk seorang calon yang telah tamat belajar dengan kelulusan ijazah pertama?
– Calon tersebut layak untuk jawatan Pegawai Penyelidik (RO). Walaubagaimanapun ia masih tertakluk kepada Ketua Penyelidik dan baki peruntukan projek tersebut. KP berhak menentukan jawatan yang akan diberikan kepada calon dengan persetujuan antara kedua-dua pihak samada jawatan sebagai Penolong Pegawai Penyelidik (ARO) atau Pembantu Penyelidik (RA).
Back to top

09. Bolehkah tempoh lantikan RSG dibuat selama setahun?
– BOLEH. Tempoh maksimum lantikan dibenarkan sehingga 1 tahun berdasarkan tempoh semester aktif iaitu Mac-Ogos atau Sep-Feb.
Back to top

10. Seseorang yang telah dilantik sebagai RO/ARO/RA di bawah projek penyelidikan merancang untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Apakah tindakan yang sepatutnya diambil?
– RO/ARO/RA tersebut perlu meletakkan jawatan sebagai RO/ARO/RA setelah mendaftar sebagai mahasiswa ijazah lanjutan. Status sebagai mahasiswa adalah tidak sah sekiranya masih meneruskan perlantikan sebagai RO/ARO/RA. Mahasiswa hanya boleh dilantik sebagai RSG atau SPB sahaja. Sekiranya mahasiswa tersebut mendaftar jenis pengajian penyelidikan sepenuh masa mahasiswa tersebut layak untuk dilantik sama ada sebagai Research Student Grant (RSG) atau Skim Pelajar Bekerja (SPB). Manakala jika mendaftar jenis pengajian selain daripada penyelidikan sepenuh masa mahasiswa tersebut hanya layak dilantik sebagai Skim Pelajar Bekerja (SPB) di bawah projek penyelidikan tersebut.
Back to top

11. Bolehkah Ketua Projek melantik mahasiswa warganegara asing?
– BOLEH kecuali bagi geran-geran yang ditaja oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan juga Geran Universiti Penyelidikan UTM. Sekiranya ?nature? penyelidikan tersebut hanya terhad kepada mahasiswa asing permohonan yang kemukakan perlu ada justifikasi kukuh dan dokumen sokongan seperti telah menerbitkan jurnal yang mempunyai impact factor. Selain daripada itu Ketua Projek mestilah terlebih dahulu memulakan inisiatif untuk mencari mahasiswa tempatan terlebih dahulu. Antara inisiatif yang boleh dilakukan ialah iklan yang dibuat melalui poster di fakulti, Student Portal, RND.NET, Facebook dan juga media-media cetak yang lain yang difikirkan sesuai. Permohonan perlantikan warganegara asing akan dimajukan kepada kepada Timbalan Pengarah dan Pengarah untuk kelulusan.
Back to top

12. Berapa lamakah tempoh lazim untuk perlantikan RO/ARO/RA/RSG/SPB?
– Tempoh lazim perlantikan bagi jawatan RO/ARO/RA/RSG/SPB ialah 6 bln hingga setahun, walaubagaimanpun jika tempoh perlantikan adalah kurang daripada tempoh lazim, Ketua Projek hendaklah mengemukakan justifikasi.
Back to top

13. Siapakah yang layak menerima bonus tahunan atau bantuan khas kewangan?
– Hanya RO/ARO/RA sahaja yang layak menerima Bonus tahunan atau bantuan khas kewangan. Kadar bonus dan bantuan khas kewangan berdasarkan pembentangan bajet tahunan oleh Perdana Menteri.
Back to top

14. Bagaimana cara untuk memohon bayaran bonus?
– Ketua Projek hendaklah mengemukakan surat permohonan untuk pembayaran bonus dan kemudian dikemukan kepada RMC untuk proses pembayaran.
Back to top

15. Bilakah permohonan lantikan RO/ARO/RA/RSG/SPB boleh dihantar?
• Ketua Projek atau pemohon perlu menghantar permohonan lantikan ke RMC selewat-lewatnya sebulan sebelum tarikh lantikan dibuat.
• Kelewatan Ketua Projek atau pemohon menghantar permohonan lantikan akan mengakibatkan kelewatan menerima gaji/elaun pada bulan tersebut.
Back to top

16. Bilakah surat tawaran kelulusan RO/ARO/RA/RSG/SPB dapat dikeluarkan?
– 9 hari bekerja daripada tarikh permohonan lengkap diterima dikaunter RMC.
Back to top

17. Kenapa permohonan saya ditolak?
• Dokumen tidak lengkap
• Tidak memenuhi syarat kelayakan perlantikan
• Baki peruntukan V11000 dan keseluruhan tidak mencukupi
• Projek telah tamat tempoh
Back to top

18. Jika permohonan saya tidak diluluskan, apakah yang perlu saya lakukan?
– Rujuk kepada sebab permohonan tidak diluluskan. Jika :
1. Baki tidak mencukupi / Projek tamat tempoh?Pemohon perlu mengemukakan permohonan baru dengan menggunakan vot projek lain yang masih aktif & mempunyai baki yg mencukupi.
2. Baki V11000 tidak mencukupi-Ketua Projek hendaklah membuat pindaan V siri dan hantar semula permohonan baru.
Back to top

19. Bagaimana jika saya ingin menghubungi staf unit lantikan RMC?
Ext Pegawai Tadbir Lantikan : 37883
Ext Pembantu Tadbir : 37865
Back to top

20. Bagaimanakah surat tawaran kelulusan akan sampai kepada saya?
– Surat tawaran kelulusan akan dihantar melalui email kepada calon dan juga kepada Ketua Projek. Sila pastikan email yang ditulis dalan Borang Permohonan Perlantikan adalah email yang sah dan masih aktif.
Back to top

21. Bolehkan perlantikan dibuat jika Projek Penyelidikan telah tamat tetapi masih ada baki peruntukan yang belum habis digunakan?
Bolehkan lantikan ?backdated? dilakukan?

– Vot projek yg telah tamat TIDAK BOLEH digunakan utk membuat sebarang permohonan lantikan.
TIDAK BOLEH. Lantikan backdated tidak dibenarkan sama sekali.
Back to top


Syarat Pelantikan RO/ARO/RA/RSG/SPB

01. Apakah syarat untuk melantik RO?
– Syarat perlantikan RO :
1. Warganegara Malaysia
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun
3. Bukan mahasiswa UTM atau lain-lain Universiti dalam mana-mana peringkat pengajian di Universiti ini atau lain-lain Universiti
4. Kelulusan Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA 3.0 keatas atau Sarjana atau PhD
5. Tempoh minimum lantikan pertama adalah 6 bulan
6. Projek penyelidikan masih aktif
7. Peruntukan V11000 dan keseluruhan masih mencukupi
8. Mematuhi garis panduan penaja dan UTM
Back to top

02. Apakah syarat untuk melantik ARO?
– Syarat perlantikan ARO :
1. Warganegara Malaysia
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun
3. Bukan mahasiswa UTM atau lain-lain Universiti dalam mana-mana peringkat pengajian di Universiti ini atau lain-lain Universiti
4. Kelulusan Diploma / STPM dengan CGPA 3.0 keatas
5. Tempoh minimum lantikan pertama adalah 6 bulan
6. Projek penyelidikan masih aktif
7. Peruntukan V11000 dan keseluruhan masih mencukupi
8. Mematuhi garis panduan penaja dan UTM
Back to top

03. Apakah syarat untuk melantik RA?
– Syarat perlantikan RA :
1. Warganegara Malaysia
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun
3. Bukan mahasiswa UTM atau lain-lain Universiti dalam mana-mana peringkat pengajian di Universiti ini atau lain-lain Universiti
4. Kelulusan SPM atau Sijil Matrikulasi atau setara
5. Tempoh minimum lantikan pertama adalah 6 bulan
6. Projek penyelidikan masih aktif
7. Peruntukan V11000 dan keseluruhan masih mencukupi
8. Mematuhi garis panduan penaja dan UTM
Back to top

04. Apakah syarat untuk melantik RSG?
– Syarat perlantikan RSG :
1. Mahasiswa Sarjana secara penyelidikan / PhD berdaftar sepenuh masa sebagai mahasiswa Pasca Ijazah dalam program yang diluluskan oleh UTM
2. Tempoh perlantikan mestilah tidak melebihi 4 Semester (Master) dan 6 Semester bagi (PhD)
3. Lantikan adalah berdasarkan tempoh semester aktif dan program pengajian sedang berjalan (Mac-Ogos, Sep-Feb).
4. Penyelia kepada mahasiswa yang dilantik merupakan Ketua Projek atau ahli penyelidik vot projek tersebut
5. Projek penyelidikan masih aktif
6. Peruntukan V11000 dan keseluruhan masih mencukupi
7. Mematuhi garis panduan penaja dan UTM
Back to top

05. Apakah syarat untuk melantik SPB?
– Syarat perlantikan SPB :
1. Mahasiswa berdaftar sepenuh masa atau separuh masa di UTM dan belum luput pendaftarannya dengan prestasi akademik yang memuaskan CPA 3.00. Bagi mahasiswa peringkat Ijazah Pertama, pendaftaran kredit subjek tidak melebihi 12 jam kredit.
2. Maksimum waktu bekerja yang dibenarkan ialah 8 jam sehari. Bagi mahasiswa MSc dan PhD yang mengambil kursus secara sambilan waktu maksimum yang dibenarkan untuk membuat tuntutan SPB ialah 64 jam sebulan.
3. Mahasiswa perlu mengemukakan surat akuan untuk mengekalkan prestasi akademiknya sebagai mahasiswa ijazah pertama dan ijazah lanjutan yang mengambil selain penyelidikan sepenuh masa).
4. Projek penyelidikan masih aktif
5. Peruntukan V11000 dan keseluruhan masih mencukupi
6. Mematuhi garis panduan penaja dan UTM
7. Tambahan bagi student RSG yang melebihi tempoh lazim.
Back to top


Kadar Bayaran RO/ARO/RA/RSG/SPB

01. Berapakah kadar bayaran untuk Pegawai Penyelidik (RO)?
Pegawai penyelidik (RO) Gred Q41 :
• Gaji Pokok : P1T1 : RM 1,899.01 – P1T10 : RM 2,725.57
• Elaun : Elaun Khidmat Awam – RM300.00 sebulan
Imbuhan Tetap Perumahan – RM210.00 sebulan
Elaun Sara Hidup – RM200.00 sebulan
• KWSP : Majikan : 12%
Pekerja : 11%
Back to top

02. Berapakah kadar bayaran untuk Penolong Pegawai Penyelidik (ARO)?
Penolong Pegawai Penyelidik (ARO) Gred Q27 :
• Gaji Pokok : P1T1 : RM 1,207.58 – P1T10 : RM 1,806.53
• Elaun : Elaun Khidmat Awam – RM160.00 sebulan
Imbuhan Tetap Perumahan – RM180.00 sebulan
Elaun Sara Hidup – RM200.00 sebulan
• KWSP : Majikan : 12%
Pekerja : 11%
Back to top

03. Berapakah kadar bayaran untuk Pembantu Penyelidik (RA)?
Pembantu Penyelidik (RA) Gred Q17 :
• Gaji Pokok : P1T1 : RM 823.40 – P1T10 : RM 1,272.59
• Elaun : Elaun Khidmat Awam – RM115.00 sebulan
Imbuhan Tetap Perumahan – RM180.00 sebulan
Elaun Sara Hidup – RM200.00 Sebulan
• KWSP : Majikan : 12%
Pekerja : 11%
Back to top

04. Berapakah kadar bayaran RSG bagi Mahasiswa MSc yang mengambil kursus secara sepenuh masa?
Bagi mahasiswa yang mempunyai kelulusan Ijazah Pertama dan sedang membuat MSc atau PhD, kadar bayaran adalah dari RM 700.00 hingga RM 1,850.00 sebulan.
Back to top

05. Berapakah kadar bayaran RSG bagi Mahasiswa PhD yang mengambil kursus secara sepenuh masa?
Bagi mahasiswa yang mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana (MSc) dan sedang membuat PhD, kadar bayaran adalah dari RM 1,000.00 hingga RM 2,050.00 sebulan
Back to top

06. Bolehkah mahasiswa MSc dan PhD yang dilantik sebagai RSG diberi elaun melebihi daripada kadar yang telah ditetapkan?
BOLEH. Ketua Projek hendaklah mengemukan justifikasi untuk pembayaran elaun yang melebihi kadar elaun RSG yang telah ditetapkan
Back to top

07. Saya adalah seorang mahasiswa Ijazah Pertama dan ingin memohon sebagai pembantu penyelidik di bawah Skim Pelajar Bekerja (SPB), berapakah kadar bayaran untuk saya?
Bagi mahasiswa Ijazah Pertama yang mempunyai kelulusan Sijil atau sedang menduduki tahun 1,2 atau 3, kadar bayaran adalah sebanyak RM 4.00 sejam. Manakala bagi mahasiswa Ijazah Pertama yang mempunyai kelulusan Diploma atau sedang menduduki tahun 4 atau 5, kadar bayaran adalah sebanyak RM 5.00 sejam.
Back to top

08. Saya adalah seorang mahasiswa MSc sepenuh masa penyelidikan/separuh masa penyelidikan/sepenuh masa kerja khusus, jika dilantik sebagai SPB berapakah kadar bayaran untuk saya?
Bagi mahasiswa MSc yang mempunyai kelulusan Ijazah Pertama, kadar bayaran adalah sebanyak RM 7.00 sejam.
Back to top

09. Saya adalah seorang mahasiswa PhD sepenuh masa penyelidikan/separuh masa penyelidikan/sepenuh masa kerja khusus, jika dilantik sebagai SPB berapakah kadar bayaran untuk saya?
Bagi mahasiswa PhD yang mempunyai kelulusan Ijazah Pertama, kadar bayaran adalah sebanyak RM 7.00 sejam. Manakala Bagi mahasiswa PhD yang mempunyai kelulusan Ijazah sarjana (MSc), kadar bayaran adalah sebanyak RM 9.00 sejam.
Back to top


Dokumen Untuk Melantik RO/ARO/RA/RSG/SPB

01. Apakah dokumen yang diperlukan untuk melantik RO/ARO/RA?
Dokumen untuk melantik RO/ARO/RA
• Borang Permohonan Perlantikan (Download @ http://utmonline.utm.my/rmc)
• Salinan keputusan peperiksaan semester terakhir & terkini pengajian (yang disahkan oleh Pegawai gred A atau Ketua Projek)
• Salinan Sijil Terkini (SPM/STPM/Diploma/Matrikulasi/ Ijazah Pertama/Master yang disahkan oleh Pegawai gred A atau Ketua Projek)
Back to top

02. Apakah dokumen yang diperlukan untuk melantik RSG?
Dokumen untuk melantik RSG
• Borang Permohonan Perlantikan (Download @ http://utmonline.utm.my/rmc)
• Salinan keputusan peperiksaan semester terakhir & terkini pengajian (yang disahkan oleh Pegawai gred A atau Ketua Projek)
• Salinan Sijil Terkini (SPM/STPM/Diploma/Matrikulasi/ Ijazah Pertama/Master yang disahkan oleh Pegawai gred A atau Ketua Projek)
• Surat Tawaran kemasukan mahasiswa daipada SPS (bagi pemohon yang sedang mengambil Ijazah Sarjana/ PhD)
• Salinan nombor akaun CIMB Bank
• Salinan Kad Matriks Mahasiswa (disahkan oleh Ketua Projek)
Back to top

03. Apakah dokumen yang diperlukan untuk melantik SPB?
Dokumen untuk melantik SPB
• Borang Permohonan Perlantikan (Download @ http://utmonline.utm.my/rmc)
• Salinan keputusan peperiksaan semester terakhir & terkini pengajian (yang disahkan oleh Pegawai gred A atau Ketua Projek)
• Salinan Sijil Terkini (SPM/STPM/Diploma/Matrikulasi/ Ijazah Pertama/Master yang disahkan oleh Pegawai gred A atau Ketua Projek)
• Surat Akuan daripada pemohon tentang prestasi akademik (bagi pemohon lantikan SPB yang sedang mengambil Ijazah atau ijazah lanjutan yang mengambil jenis pengajian selain penyelidikan sepenuh masa)
• Slip pendaftaran semester semasa (bagi pemohon Ijazah pertama dan Ijazah lanjutan yang mengambil Jenis Pengajian selain penyelidikan sepenuh masa)
• Surat Tawaran kemasukan mahasiswa daripada SPS (bagi pemohon yang sedang mengambil Ijazah Sarjana/ PhD)
• Salinan Kad Matriks Mahasiswa (disahkan oleh Ketua Projek)
Back to top


Permohonan Penyambungan Lantikan RO/ARO/RA/RSG/SPB

01. Apakah dokumen yang diperlukan untuk penyambungan lantikan RO/ARO/RA?
Dokumen untuk penyambungan lantikan RO/ARO/RA
• Borang Permohonan Perlantikan (Download @ http://utmonline.utm.my/rmc)
Back to top

02. Apakah dokumen yang diperlukan untuk penyambungan lantikan RSG?
Dokumen untuk penyambungan lantikan RSG
• Borang Permohonan Perlantikan (Download @ http://utmonline.utm.my/rmc)
• Salinan keputusan peperiksaan semester terakhir & terkini pengajian (yang disahkan oleh Pegawai gred A atau Ketua Projek)
Back to top

03. Apakah dokumen yang diperlukan untuk penyambungan lantikan SPB?
Dokumen untuk penyambungan lantikan SPB
• Borang Permohonan Perlantikan (Download @ http://utmonline.utm.my/rmc)
• Salinan keputusan peperiksaan semester terakhir & terkini pengajian (yang disahkan oleh Pegawai gred A atau Ketua Projek)
(a) Slip pendaftaran semester semasa (bagi pemohon Ijazah pertama dan Ijazah lanjutan yang mengambil Jenis Pengajian selain penyelidikan sepenuh masa)
Back to top

04. Bilakah saya perlu menghantar permohonan penyambungan lantikan RO/ARO/RA/RSG/SPB?
• Ketua Projek atau pemohon perlu menghantar permohonan penyambungan lantikan RO/ARO/RA ke RMC selewat-lewatnya sebulan sebelum tarikh lantikan dibuat.
• Bagi penyambungan lantikan RSG dan SPB selewat-lewatnya sejurus selepas keputusan terkini dikeluarkan oleh SPS bagi ijazah lanjutan atau HEP bagi mahasiswa ijazah pertama.
• Kelewatan Ketua Projek atau pemohon menghantar permohonan lantikan akan mengakibatkan kelewatan menerima gaji/elaun pada bulan tersebut.
Back to top

05. Bilakah surat tawaran kelulusan penyambungan RO/ARO/RA/RSG/SPB dapat dikeluarkan?
– 9 hari bekerja daripada tarikh permohonan lengkap diterima di kaunter RMC.
Back to top


Permohonan Penamatan Perkhidmatan RO/ARO/RA/RSG/SPB

01. Apakah tujuan penamatan perkhidmatan RO/ARO/RA/RSG/SPB?
– Penamatan perkhidmatan ini perlu dikemukakan kepada RMC bagi tujuan pemakluman dan perekodan supaya pihak RMC dapat bertindak mengarahkan pihak Bendahari UTM untuk menghentikan gaji atau elaun bagi lantikan RO/ARO/RA/RSG dan Unit Kewangan RMC bagi lantikan SPB.
Back to top

02. Apakah dokumen yang diperlukan untuk menamatkan perkhidmatan RO/ARO/RA/RSG/SPB?
Dokumen untuk penamatan perkhidmatan RO/ARO/RA/RSG/SPB
• Surat Penamatan Perkhidmatan daripada Ketua Projek atau daripada pemohon dengan disahkan oleh Ketua Projek
Back to top

03. Bilakah saya perlu menghantar surat penamatan perkhidmatan RO/ARO/RA/RSG/SPB?
• Ketua Projek boleh pada bila-bila masa menamatkan perlantikan ini dengan terlebih dahulu memberikan satu bulan notis bertulis sekiranya didapati prestasi kerja tidak memuaskan.
• RO/ARO/RA/RSG/SPB berkenaan juga boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatan dengan terlebih dahulu memberi satu bulan notis bertulis kepada RMC melalui dan dengan sokongan Ketua Projek
• Ketua Projek perlu memaklumkan dengan kadar segera pemberhentian seseorang Pegawai Penyelidik. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan Ketua Projek perlu menggantikan jumlah gaji yang terlebih bayar kepada RO/ARO/RA/RSG/SPB (jika berlaku), melalui potongan gaji atau apa-apa kaedah lain yang dipersetujui.
Back to top


Permohonan Pelarasan RO/ARO/RA/RSG

01. Apakah tujuan pelarasan RO/ARO/RA/RSG?
• Ganjaran kepada RO/ARO/RA/RSG berdasarkan peningkatan prestasi kerja dalam tempoh
• Ketidakcukupan baki peruntukan atau kekangan kewangan projek dan prestasi kerja yang tidak memuaskan dalam tempoh perlantikan.
• Mahasiswa yang mendapat tawaran biasiswa bagi lantikan RSG.
Back to top

02. Apakah dokumen yang diperlukan untuk memohon pelarasan RO/ARO/RA/RSG?
Dokumen untuk memohon pelarasan RO/ARO/RA
• Surat Permohonan pelarasan kenaikan atau pengurangan gaji daripada Ketua Projek berserta dengan justifikasi.

Dokumen untuk memohon pelarasan RSG
Kenaikan atau Pengurangan Elaun RSG
• Surat Permohonan pelarasan daripada Ketua Penyelidik berserta dengan justifikasi.

Mahasiswa yang mendapat tawaran biasiswa
• Surat permohonan pelarasan daripada Ketua Penyelidik.
• Salinan surat tawaran biasiswa.
Back to top

03. Bilakah saya perlu menghantar permohonan pelarasan RO/ARO/RA/RSG?
Pelarasan Kenaikan atau Pengurangan gaji atau elaun RO/ARO/RA/RSG
• Ketua Projek perlu menghantar permohonan pelarasan ke RMC selewat-lewatnya sebulan sebelum tarikh pelarasan dibuat.
• Kelewatan Ketua Projek menghantar permohonan akan mengakibatkan kelewatan pelarasan gaji atau elaun pada bulan tersebut.

Pelarasan Mahasiswa RSG menerima tawaran biasiswa
• Ketua Projek perlu menghantar permohonan pelarasan ke RMC sejurus selepas mahasiswa RSG tersebut menerima tawaran biasiswa berkenaan.
• Peruntukan yang telah diselaraskan semula ke dalam vot projek boleh digunakan oleh Ketua Projek untuk melantik lain-lain perlantikan.
Back to top

04. Bilakah surat kelulusan pelarasan RO/ARO/RA/RSG dapat dikeluarkan?
– 9 hari bekerja daripada tarikh permohonan lengkap diterima di kaunter RMC.
Back to top


Permohonan Tuntutan Skim Pelajar Bekerja (SPB)

01. Apakah tujuan permohonan tuntutan SPB?
– Tujuan permohonan tuntutan SPB dibuat adalah untuk mendapatkan bayaran di atas kerja-kerja penyelidikan yang telah dilakukan oleh Pembantu Penyelidik di bawah lantikan Skim Pelajar Bekerja (SPB).
Back to top

02. Apakah dokumen yang diperlukan untuk membuat tuntutan SPB?
• Payment Application Form (Download @ http://utmonline.utm.my/rmc)
• E-Borang Pembayaran HRFin No.11 Lamparan Kerja (yang disahkan oleh Ketua Projek)
• (Website: https://fin1.utm.my/ifms)
• Salinan Surat Perlantikan SPB
• Borang Tuntutan SPB (yang disahkan oleh Ketua Penyelidik)
Back to top

03. Bilakah saya perlu menghantar permohonan tuntutan SPB?
• Ketua Projek atau pemohon perlu menghantar permohonan tuntutan SPB ke RMC selewat-lewatnya 6hb pada setiap bulan.
• Kelewatan Ketua Projek atau pemohon menghantar permohonan tuntutan SPB akan mengakibatkan kelewatan menerima bayaran pada bulan tersebut.
• Maksimum waktu bekerja yang dibenarkan ialah 8 jam sehari. Bagi mahasiswa MSc dan PhD yang mengambil kursus secara sambilan waktu maksimum yang dibenarkan untuk membuat tuntutan SPB ialah 64 jam sebulan
Back to top

04. Apakah syarat untuk membuat tuntutan SPB?
• Semua dokumen yang diperlukan mestilah lengkap dan tepat.
• Peruntukan V11000 dan keseluruhan masih mencukupi.
• Maksimum waktu bekerja yang dibenarkan untuk membuat tuntutan ialah 8 jam sehari.
• Tuntutan hanya boleh dikemukakan bulan selepas kerja tersebut dilakukan
(cth: lantikan Jan-Jun, bulan semasa Feb, tuntutan hanya dibenarkan utk bulan Jan sahaja)
Back to top

05. Bilakah tuntutan SPB dapat diluluskan?
– 6 hari bekerja
Back to top

06. Kenapa permohonan saya ditolak?
• Dokumen tidak lengkap
• Borang tuntutan SPB tiada pengesahan Ketua Penyelidik
• Baki peruntukan V11000 dan keseluruhan tidak mencukupi
• Tarikh pengesahan Ketua Penyelidik adalah secara backdated
• Borang tuntutan tidak diisi dengan tepat
Cth: jam bekerja hanya kolum pertama sahaja diisi 8 jam tetapi kolum seterusnya hanya diisi tanda (?).
Back to top

07. Apakah syarat-syarat yang perlu dipenuhi untuk membolehkan tuntutan SPB diluluskan?
Tuntutan SPB dapat diluluskan sekiranya pemohon memenuhi syarat tuntutan yang telah ditetapkan seperti berikut :
• Segala dokumen yang dikehendaki LENGKAP dan TEPAT
• Baki mencukupi utk menampung perbelanjaan tuntutan yg dimohon.
Back to top


Permohonan Pelawat Akademik Jemputan Dari Luar Negara

01. Apakah tujuan Pelawat Akademik Jemputan?
Tujuan Pelawat Akademik Jemputan
• Membantu penyelidik menjalankan penyelidikan di UTM.
• Menyumbang kepakaran dan idea dalam perkembangan aktiviti penyelidikan ke arah penyelidikan yang cemerlang dan mempunyai nilai komersil.
• Menjalin hubungan kerjasama di peringkat antarabangsa dari segi penyelidikan, aktiviti ilmiah, harta intelek, penerbitan, pengkomersialan, dan hubungan kerjasama kepakaran bidang.
• Membantu UTM mencapai matlamat ke arah sebuah Universiti Bertaraf Dunia.
Back to top

02. Apakah dokumen yang diperlukan untuk memohon Pelawat Akademik Jemputan?
1. Surat permohonan daripada Ketua Penyelidik.
2. Kertas Kerja lengkap mestilah mengandungi :
• Tujuan / Objektif
• Nama Calon Pelawat Akademik Jemputan
• Justifikasi Jemputan
• Tempoh Lawatan
• Implikasi Kewangan
• Bidang Tugas Pelawat Akademik Jemputan
• Kesimpulan
3. Borang permohonan Pelawat Akademik Jemputan (S/1/1/01/94).
4. CV calon Pelawat Akademik Jemputan.
Back to top

03. Bilakah saya perlu menghantar permohonan Pelawat Akademik Jemputan?
• Ketua Penyelidik perlu menghantar permohonan Pelawat Akademik Jemputan ke RMC selewat-lewatnya 2 bulan sebelum tarikh lawatan dibuat.
• Kelewatan Ketua Penyelidik menghantar permohonan lantikan akan mengakibatkan surat kelulusan dari TNCA lambat diterima.
Back to top

04. Apakah syarat untuk memohon Pelawat Akademik Jemputan?
• Projek penyelidikan masih aktif
• Peruntukan V29000,V21000 dan keseluruhan masih mencukupi
• Mematuhi garis panduan penaja dan UTM
Back to top

05. Berapakah bayaran yang layak diterima oleh Tenaga Pelawat Akademik yang dijemput ke UTM melalui Vot Penyelidikan?
• Rujuk kadar bayaran di dalam Garis Panduan Menjemput Tenaga Pelawat Akademik yang di http://utmonline.utm.my/rmc/resources/43-perlantikan-ro-aro-ra-rsg-spb.html
Back to top

06. Bilakah surat sokongan kelulusan Pelawat Akademik Jemputan dihantar ke TNCA?
– 9 hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima di kaunter RMC.
Back to top

07. Kenapa permohonan saya ditolak?
• Dokumen tidak lengkap
• Tidak memenuhi syarat kelayakan
• Baki peruntukan V29000 dan keseluruhan tidak mencukupi
• Projek telah tamat tempoh
Back to top

08. Bagaimanakah saya dapat mengetahui sama ada permohonan pelawat akademik jemputan saya diluluskan atau sebaliknya?
– Pihak RMC hanya menyokong permohonan tersebut, manakala kelulusan tertakluk kepada Pejabat Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa (TNCA). Status Surat kelulusan boleh diketahui dengan menghubungi En. Masnawi Miskam (Pen. Pendaftar TNCA dgn samb: 07-553 0264)
Back to top

09. Bagaimanakah surat sokongan kelulusan akan sampai kepada saya?
– Surat sokongan kelulusan akan dihantar melalui Despatch ke fakulti mengikut nama Ketua Projek.
Back to top


Permohonan Skim Post Doktoral Melalui UTM Post Doktoral & MOSTI

01. Apakah yang dimaksudkan dengan Skim Post Doktoral?
– Skim ini memberi pembiayaan kepada Institut Penyelidikan Awam dan Institusi Pengajian Tinggi Awam bagi membolehkan perlantikan Felo Penyelidik Pasca Doktoral (warga tempatan dan warga asing) yang akan menjalankan penyelidikan sepenuh masa di institusi berkenaan dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan dan pengukuhan penyelidikan dalam bidang-bidang keutamaan negara. Skim ini turut membiayai calon-calon pasca doktoral yang berjaya mendapat tempat pengajian di institut R&D terkemuka luar negara.
Back to top

02. Apakah kategori post doktoral yang ditawarkan di UTM?
Terdapat 2 kategori iaitu:
• Post Doktoral (MOSTI)
• Post Doktoral (UTM)
Back to top

03. Apakah dokumen yang diperlukan untuk memohon Post Doktoral?
• Borang Permohonan Post Doktoral UTM/MOSTI
*Borang boleh dimuat turun melalui : http://utmonline.utm.my/rmc.
*Borang boleh dimuat turun melalui : http://www.mosti.gov.my/mosti
• Salinan Pasport/kad pengenalan
• Gambar terkini ukuran passport
• Sijil Akademik yang telah disahkan(diploma/Ijazah/Master/PhD/surat kelulusan senat)
• Sijil TOEFL/IELTS/Sijil yang setara dengannya
• CV
• Proposal Projek Penyelidikan
Back to top

04. Sekiranya layak apakah tindakan seterusnya harus dilakukan?
– Calon dikehendaki melengkapkan borang permohonan dan disahkan oleh Research Alliance. Permohonan akan dikemukakan ke RMC oleh Research Alliance.
Back to top

05. Apakah syarat yang perlu dipatuhi?
• Calon mesti mempunyai kelayakan PhD/dalam tempoh 6 bulan (menunggu kelulusan viva)
• Calon adalah warganegara/bukan warganegara
• Penjawat awam yang mengambil cuti sabatikal layak untuk memohon (perlu kelulusan ketua jabatan)
• Penyelia mempunyai geran penyelidikan yang aktif.
• Bagi calon post doktoral UTM, penyelia mesti mempunyai geran penyelidikan RM250,000.00
• Tempoh lantikan selama 12 bulan
• Penyambungan perlu dipohon 2 bulan sebelum tarikh tamat tempoh
• Bagi bukan warganegara, calon mesti TOEFL skor 600/IELTS minimum 6.5/6.0 bagi yang setara dengannya.
• Calon boleh memohon elaun minimum RM3,500 hingga RM5,000 (MOSTI). Manakala calon UTM minimum RM7,000.
Back to top

06. Berapa lama masa yang diambil bagi proses permohonan ini?
• Bagi skim tajaan UTM adalah dalam tempoh 1 bulan atau lebih (tertakluk kepada peruntukan semasa).
• Bagi skim tajaan MOSTI adalah dalam tempoh 6 bulan atau lebih.
Back to top

07. Kenapa permohonan ditolak?
• Tidak memenuhi syarat minimum yang ditetapkan.
• Tidak mengemukakan dokumen yang lengkap.
• Peruntukan tidak mencukupi (bagi skim Post Doktoral UTM).
Back to top

08. Siapakah yang perlu dihubungi untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan permohonan Post Doktoral?
• Pn. Punithavalli Marimuthu, Penolong Pendaftar
Samb : 07-553 7807
• Pn. Shariza Jemain, Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
Samb : 07-553 7821
• Unit HCD
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Tel : 03-8885 8069
Back to top

09. Siapakah yang akan meluluskan permohonan ini?
• Permohonan Post Doktoral UTM diluluskan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi).
• Permohonan Post Doktoral MOSTI dilululuskan oleh MOSTI.
Back to top

10. Bagaimana hendak mengetahui keputusan permohonan Post Doktoral?
• Bagi permohonan Post Doktoral UTM, surat perlantikan akan dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar kepada Penyelia.
• Bagi permohonan Post Doktoral MOSTI, surat perlantikan akan dikeluarkan oleh RMC kepada penyelia.
Back to top


Permohonan Menjalankan Aktiviti Penyelidikan Dalam Negara

01. Apakah fungsi RMC dalam proses permohonan menjalankan aktiviti penyelidikan dalam negara?
• Unit Aktiviti ialah Unit yang menawarkan perkhidmatan menguruskan permohonan kepada para penyelidik untuk menjalankan aktiviti penyelidikan dalam dan luar negara melalui pembiayaan geran penyelidikan yang diperolehi dari tajaan universiti, agensi kerajaan mahupun swasta yang telah didaftarkan ke RMC.
• Pihak RMC memberikan kelulusan permohonan berdasarkan kelayakan yang telah disyaratkan.
• Aktiviti-aktiviti dalam negara yang boleh dilaksanakan adalah :
– Membentang kertas kerja
– Menghadiri/ Melaksanakan Mesyuarat/ Perbincangan
– Menjalankan Kerja Lapangan/ Pengumpulan Data
– Pembayaran Yuran Jurnal
– Menghadiri Seminar/ Bengkel/ Latihan/ Persidangan
– Mengadakan Bengkel di luar UTM
– Menjemput Penyelidik Luar/ Khidmat Pakar
Back to top

02. Apakah dokumen yang diperlukan untuk memohon aktiviti penyelidikan?
• Dokumen yang diperlukan adalah Borang permohonan menjalankan aktiviti penyelidikan. Sila pastikan menggunakan borang pindaan terkini.
• Borang ini boleh didapati dari menu research activity di: http://utmonline.utm.my/rmc. Sila rujuk senarai semak yang disertakan bagi tambahan dokumen sokongan mengikut jenis aktiviti yang dipohon.
Back to top

03. Bagaimana cara untuk memohon aktiviti penyelidikan?
• Sila isi dan lengkapkan borang permohonan aktiviti penyelidikan bersama dokumen sokongan dan dihantar ke RMC sekurang-kurangnya 7 hari waktu bekerja sebelum tarikh aktiviti.
• Permohonan aktiviti yang lewat dihantar akan menyebabkan kesulitan semasa memohon pendahuluan perjalanan kerana permohonan ini hanya diproses setelah kelulusan aktiviti diterima.
Back to top

04. Apakah syarat-syarat yang diperlukan untuk memohon menjalankan aktiviti penyelidikan?
• Syarat utama permohonan aktiviti penyelidikan adalah :
– Dokumen permohonan lengkap
– Baki V21000 / Baki keseluruhan mencukupi
– Aktiviti dilaksanakan pada tempoh projek masih aktif
– Memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Penaja Geran (sila rujuk garis panduan geran penyelidikan)
• Ketua Projek, ahli kumpulan penyelidikan dalam atau luar dan siswazah adalah layak untuk memohon aktiviti penyelidikan.
Back to top

05. Bilakah surat kelulusan aktiviti dapat dikeluarkan?
– Tempoh proses kelulusan adalah 5 hari waktu bekerja (bermula dari penerimaan dokumen lengkap di kaunter RMC).
Back to top

06. Apakah sebab permohonan aktiviti ditolak?
Tidak memenuhi syarat utama permohonan aktiviti penyelidikan adalah :
– Dokumen permohonan tidak lengkap
– Baki V21000/ Baki keseluruhan tidak mencukupi
– Projek telah tamat tempoh
– Tidak Memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Penaja Geran (sila rujuk garis panduan geran penyelidikan)
Back to top

07. Siapakah pegawai yang boleh dihubungi untuk mendapatkan maklumat serta keputusan permohonan?
• Sila berhubung dengan :
– Pegawai Tadbir (Unit Aktiviti) ? 07- 5537770
– Pembantu Tadbir ? 07 -5537864
• Status kelulusan permohonan hanya boleh diketahui selepas 4 hari permohonan dihantar ke kaunter RMC.
Back to top

08. Jika permohonan tidak diluluskan, apakah yang perlu anda lakukan?
Rujuk kepada sebab permohonan tidak diluluskan. Jika :
• Permohonan tidak disokong oleh Pengarah RMC
– Sila kemukakan rayuan beserta justifikasi kukuh untuk dipertimbangkan oleh Pengarah RMC/ Pihak Penaja.
• Tarikh aktiviti melangkau tarikh tempoh projek aktif
– Tidak boleh diluluskan. Sila kemukakan permohonan baru dengan menggunakan vot projek lain yang masih aktif.
• Baki V21000 tidak mencukupi
– Sila kemukakan permohonan baru dengan menggunakan vot projek lain yang masih berbaki/ membuat pindaan Vsiri (rujuk Unit Pemantauan). Permohonan baru boleh dikemukakan ke RMC setelah keputusan pindaan Vsiri diperolehi.
• Dokumen tidak lengkap
– Sila lengkapkan dokumen sepertimana yang diminta.
Back to top

09. Bagaimanakah untuk mengetahui status permohonan aktiviti?
• Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui surat mengikut nama Ketua Projek (penghantaran surat ke fakulti). Walau bagaimanapun pada hal-hal tertentu, pemohon akan dihubungi melalui email atau panggilan telefon.
• Pemohon juga boleh datang ke RMC untuk mengambil surat kelulusan di kaunter RMC. Sila hubungi terlebih dahulu staf yang bertugas untuk memastikan surat telah tersedia.
• Sila maklumkan maklumat berikut kepada staf yang bertugas untuk mengetahui status permohonan:
– Tarikh dokumen permohonan dihantar ke kaunter RMC
– Nombor vot
– Nama pemohon
– Tempat dan tarikh aktiviti
Back to top

10. Bagaimanakah sekiranya vot projek telah tamat tetapi masih ada aktiviti yang hendak dijalankan?
– Vot projek yang telah tamat TIDAK BOLEH digunakan untuk membuat sebarang permohonan aktiviti.
Back to top

11. Mengapa perlu menghantar CD program setelah melaksanakan aktiviti persidangan?
– CD program persidangan adalah salah satu pembuktian dokumen RU (Seksyen C).
Back to top

12. Adakah boleh menggantikan buku prosiding sekiranya CD persidangan tidak disediakan oleh penganjur?
– Ya, boleh.
Back to top

13. Adakah boleh Ketua projek mewakilkan orang lain untuk menandatangani borang permohonan?
– Boleh dengan syarat pemohon mendapat persetujuan kebenaran menjalankan aktiviti melalui email dan salinkan email tersebut bersama borang permohonan. Wakil untuk menandatangan borang mestilah penyelidik dari ahli kumpulan sahaja.
Back to top

14. Mengapa perlu meletakkan penghargaan (acknowledgement) dalam kertas kerja persidangan yang telah diterima oleh penganjur?
– Merujuk kepada Garis Panduan Penaja (FRGS Bil 2010), kertas kerja persidangan yang tidak meletakkan penghargaan kepada Penaja TIDAK dikira sebagai hasil penyelidikan dalam penerbitan. Ia juga merupakan amalan yang perlu dibuat bagi merakamkan ucapan terima kasih kepada Universiti amnya dan Penaja Geran khasnya kerana memberi kemudahan fasiliti dan pembiayaan dana dalam melaksanakan projek penyelidikan.
Back to top

15. Bagaimanakah sekiranya terdapat perubahan maklumat (contoh: tarikh, tempat, no.vot, peserta, pembatalan aktiviti) pada permohonan yang telah dihantar ke RMC?
– Pemohon hendaklah menghubungi staf Unit Aktiviti dan memaklumkan serta memberi surat makluman & justifikasi tentang perubahan tersebut. Kegagalan memaklumkan segala perubahan akan mengakibatkan tuntutan perjalanan TIDAK dapat diproses.
Back to top

16. Bagaimanakah sekiranya permohonan aktiviti telah diluluskan tetapi dibatalkan pada saat-saat akhir?
– Pemohon hendaklah memberi surat makluman & justifikasi tentang pembatalan tersebut. Kegagalan memaklumkan pembatalan aktiviti yang telah diluluskan akan mengakibatkan kesulitan permohonan pada masa akan datang terutama bagi geran tajaan MOSTI.
Back to top

17. Bagaimana sekiranya surat kelulusan yang diterima mempunyai kesilapan maklumat?
– Sila berhubung dengan Pegawai Unit Aktiviti untuk membuat pembetulan maklumat dan hanya dengan tandatangan Pegawai Unit Aktiviti, surat kelulusan boleh digunakan untuk tuntutan perjalanan.
Back to top

18. Bagaimanakah sekiranya pemohon lebih daripada seorang?
Sila buat lampiran tambahan dengan mengemukakan maklumat berikut :
i. Nama, No. IC
ii. Status (RO/RA/Staf/Kontrak dll)
Back to top

19. Mengapakah kerja lapangan yang dijalankan lebih dari 7 hari perlu mengemukakan jadual kerja?
– Perlu kerana ia merupakan aktiviti yang panjang dan melibatkan kos yang tinggi dan justifikasi jadual kerja diperlukan untuk pertimbangan kelulusan
Back to top


Permohonan Menjalankan Aktiviti Penyelidikan Luar Negara

01. Apakah fungsi RMC dalam proses permohonan menjalankan aktiviti penyelidikan luar negara?
Bagi permohonan aktiviti luar negara, pihak RMC hanya memberikan sokongan permohonan. Keputusan permohonan adalah tertakluk kepada TNCPI / TNC(HEMA) dan Penaja Geran.
Aktiviti-aktiviti luar negara yang boleh dilaksanakan adalah :
• Membentang kertas kerja
• Menghadiri Mesyuarat/Perbincangan
• Menjalankan Kerja Lapangan/Pengumpulan Data
• Menghadiri Latihan/Kursus/Lawatan
Back to top

02. Bagaimana cara untuk memohon aktiviti penyelidikan?
• Sila isi dan lengkapkan borang permohonan aktiviti penyelidikan bersama dokumen sokongan dan dihantar ke RMC mengikut tempoh berikut :
– 30 hari waktu bekerja sebelum tarikh aktiviti bagi semua geran kecuali MOSTI
– 60 hari waktu bekerja sebelum tarikh aktiviti luar Negara bagi geran tajaan MOSTI
– 60 hari waktu bekerja sebelum tarikh aktiviti luar Negara bagi kategori pelajar (ia melibatkan kelulusan Kementerian Dalam Negari)
• Permohonan yang disokong akan dikemukakan ke TNCPI / TNC(HEMA) / Penaja Geran untuk mendapatkan kelulusan
• Permohonan aktiviti yang dihantar lewat akan menyebabkan kesulitan semasa memohon pendahuluan perjalanan mahupun persediaan perjalanan ke luar Negara kerana kedua-dua permohonan ini hanya diproses setelah kelulusan aktiviti diterima.
Back to top

03. Apakah syarat-syarat yang diperlukan untuk memohon menjalankan aktiviti penyelidikan?
• Syarat utama permohonan aktiviti penyelidikan adalah :
– Dokumen permohonan lengkap
– Baki V21000 dan Baki keseluruhan mencukupi
– Aktiviti dilaksanakan pada tempoh projek masih aktif
– Memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Penaja Geran (sila rujuk garis panduan geran penyelidikan)
• Ketua Projek, ahli kumpulan penyelidikan dalam atau luar dan siswazah adalah layak untuk memohon aktiviti penyelidikan.
Back to top

04. Bilakah surat kelulusan sokongan dapat dikeluarkan?
• Tempoh proses sokongan adalah 7 hari waktu bekerja (bermula dari penerimaan dokumen lengkap di kaunter RMC).
Back to top

05. Apakah sebab permohonan ditolak?
Tidak memenuhi syarat utama permohonan aktiviti penyelidikan adalah :
• Dokumen permohonan tidak lengkap
• Baki V21000 dan Baki keseluruhan tidak mencukupi
• Projek telah tamat tempoh
• Tidak Memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Penaja Geran (sila rujuk garis panduan geran penyelidikan)
Back to top

06. Siapakah pegawai yang boleh dihubungi untuk mendapatkan maklumat serta keputusan permohonan?
• Sila berhubung dengan :
– Pegawai Tadbir (Unit Aktiviti) ? 07- 5537770
– Pembantu Tadbir ? 07 -5537864
• Status kelulusan permohonan hanya boleh diketahui selepas 4 hari permohonan dihantar ke kaunter RMC
Back to top

07. Jika permohonan tidak diluluskan, apakah yang perlu lakukan?
Rujuk kepada sebab permohonan tidak diluluskan. Jika :
• Permohonan tidak disokong oleh Pengarah RMC
– Sila kemukakan rayuan beserta justifikasi kukuh untuk dipertimbangkan oleh Pengarah RMC / Pihak Penaja.
• Projek tamat tempoh :
– Sila kemukakan permohonan baru dengan menggunakan vot projek lain yang masih aktif.
• Baki V21000 tidak mencukupi
– Sila kemukakan permohonan baru dengan menggunakan vot projek lain yang masih berbaki / membuat pindaan Vsiri (rujuk Unit Pemantauan). Permohonan baru boleh dikemukakan ke RMC setelah keputusan pindaan Vsiri diperolehi.
• Dokumen tidak lengkap
– Sila lengkapkan dokumen sepertimana yang diminta
Back to top

08. Bagaimanakah untuk mengetahui status permohonan aktiviti?
• Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui surat mengikut nama Ketua Projek (penghantaran surat ke fakulti). Walau bagaimanapun pada hal-hal tertentu, pemohon akan dihubungi melalui email atau panggilan telefon.
• Pemohon juga boleh datang ke RMC untuk mengambil surat kelulusan di kaunter RMC. Sila hubungi terlebih dahulu staf yang bertugas untuk memastikan surat telah tersedia.
• Sila maklumkan maklumat berikut kepada staf yang bertugas untuk mengetahui status permohonan :
i. Tarikh dokumen permohonan dihantar ke RMC
ii. Nombor vot
iii. Nama pemohon
iv. Tempat dan tarikh aktiviti
Back to top

09. Bagaimanakah sekiranya vot projek telah tamat tetapi masih ada aktiviti yang hendak dijalankan?
– Vot projek yg telah tamat TIDAK BOLEH digunakan untuk membuat sebarang permohonan aktiviti.
Back to top

10. Bagaimanakah sekiranya terdapat perubahan maklumat (cth: tarikh, tempat, peserta, batal aktiviti) pada permohonan yang telah dihantar ke RMC?
• Pemohon hendaklah menghubungi staf Unit Aktiviti dan memaklumkan serta memberi surat /email beserta justifikasi tentang perubahan tersebut.
• Kegagalan memaklumkan segala perubahan akan mengakibatkan tuntutan perjalanan TIDAK dapat diproses.
Back to top

11. Bagaimanakah sekiranya permohonan aktiviti telah diluluskan tetapi dibatalkan pada saat-saat akhir?
• Pemohon hendaklah memberi surat makluman & justifikasi tentang pembatalan tersebut.
• Kegagalan memaklumkan pembatalan aktiviti yang telah diluluskan akan mengakibatkan kesulitan permohonan pada masa akan datang terutama bagi geran tajaan MOSTI.
Back to top

12. Mengapakah permohonan ke luar negara perlu dihantar ke pejabat TNCPI (Staf/penyelidik) dan HEMA (mahasiswa)? Apakah peranan pejabat tersebut?
Permohonan perlu dihantar ke TNCPI (Staf/penyelidik) dan TNC(HEMA) (mahasiswa) kerana :
• TNCPI – Maklumat perjalanan penyelidik (staf) ke luar Negara perlu diluluskan oleh pihak TNCPI.
• TNC(HEMA) – Tugas mengurus dan menjaga hal ehwal mahasiswa adalah di bawah tanggungjawab unit ini.
Back to top

13. Senarai jurnal yang bagaimanakah yang diperlukan pihak RMC bagi membolehkan sesuatu perrmohonan itu diluluskan?
– Sila rujuk format yang telah disenaraikan dalam Borang Permohonan Aktiviti: No. 3 (v).
Back to top

14. Mengapakah permohonan ke luar negara perlu mendapatkan sokongan dari Pengarah RMC?
– Pengarah RMC bertanggungjawab memastikan perjalanan penyelidik ke luar Negara memenuhi syarat – syarat universiti dan penaja geran sebelum disokong. Ini kerana perjalanan ke luar negara melibatkan kos yang tinggi dan melibatkan universiti.
Back to top

15. Bagaimanakah kaedah lain untuk mendapatkan pengesahan Dekan RA sekiranya beliau tiada dalam kampus UTM?
– Pemohon boleh mendapatkan sokongan Dekan RA melalui email dan menyalinkan email tersebut bersama borang permohonan aktiviti.
Back to top

16. Apakah tindakan yang perlu dibuat sekiranya dokumen lewat dihantar iaitu tidak mematuhi tempoh masa yang ditetapkan?
– Pemohon perlu mengemukakan surat justifikasi kelewatan bersama dokumen permohonan. Walau bagaimanapun, keputusan sokongan tertakluk kepada pertimbangan Pengarah RMC.
Back to top

17. Mengapakah perlu melampirkan senarai penerbitan jurnal dalam 3 tahun kebelakang apabila memohon sesuatu aktiviti tersebut?
– Ini adalah syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Universiti.
Back to top

18. Apakah perkhidmatan lain yang diuruskan oleh pihak RMC bagi perjalanan ke luar Negara?
Unit Aktiviti juga menguruskan permohonan seperti di bawah. Sila hantar permohonan 3 hari sebelum surat diperlukan.
• Undertaking Letter – Permohonan hanya boleh dibuat setelah kelulusan perjalanan diperolehi dan dokumen arahan pembayaran yuran aktiviti telah dikemukakan ke RMC.
Back to top


Permohonan Menjalankan Aktiviti Penyelidikan : Mengadakan Bengkel Di Luar UTM

01. Apakah fungsi RMC untuk tujuan mengadakan Bengkel di Luar UTM?
– Bagi permohonan mengadakan bengkel di luar UTM, pihak RMC hanya memberikan sokongan permohonan. Keputusan permohonan adalah tertakluk kepada pihak Universiti (TNCPI)
Back to top

02. Apakah dokumen yang diperlukan untuk memohon aktiviti ini?
• Borang permohonan menjalankan aktiviti penyelidikan. Sila pastikan menggunakan borang pindaan terkini.
• Sebut harga hotel
• Kertas kerja keperluan mengadakan bengkel. Perlu mengandungi :
– Senarai anggaran perbelanjaan secara terperinci
– Tentatif program
– Senarai peserta bengkel
• Borang dan format kertas kerja boleh didapati dari menu research activity di: http://utmonline.utm.my/rmc.
Back to top

03. Bagaimana cara untuk memohon aktiviti penyelidikan?
• Sila isi dan lengkapkan borang permohonan aktiviti penyelidikan bersama dokumen sokongan dan dihantar ke RMC sekurang-kurangnya 28 hari waktu bekerja sebelum tarikh aktiviti.
• Permohonan yang disokong akan dikemukakan ke TNCPI untuk mendapatan kelulusan.
• Permohonan aktiviti yang dihantar lewat akan menyebabkan kesulitan semasa memohon pendahuluan perjalanan dan permohonan sebut harga hotel kerana permohonan ini hanya diproses setelah kelulusan aktiviti diterima.
Back to top

04. Apakah syarat-syarat yang diperlukan untuk memohon menjalankan aktiviti penyelidikan?
• Syarat utama permohonan aktiviti penyelidikan adalah :
– Dokumen permohonan lengkap
– Baki V21000 / Baki keseluruhan mencukupi
– Aktiviti dilaksanakan pada tempoh projek masih aktif
– Memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Penaja Geran (sila rujuk garis panduan geran penyelidikan)
• Ketua Projek atau ahli kumpulan penyelidikan sahaja layak untuk memohon aktiviti ini.
Back to top

05. Bilakah surat kelulusan aktiviti dapat dikeluarkan?
• Tempoh proses kelulusan adalah 5 hari waktu bekerja (bermula dari penerimaan dokumen lengkap di kaunter RMC).
Back to top

06. Apakah sebab permohonan ditolak?
Tidak memenuhi syarat utama permohonan aktiviti penyelidikan adalah :
• Kertas kerja tidak menjelaskan maksud dan keperluan bengkel diadakan.
• Baki V21000 dan Baki keseluruhan tidak mencukupi
• Projek telah tamat tempoh
• Tidak Memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Penaja Geran (sila rujuk garis panduan geran penyelidikan)
• Lain-lain perkara tertakluk kepada kelulusan Pengarah RMC.
Back to top

.07. Siapakah pegawai yang boleh dihubungi untuk mendapatkan maklumat serta keputusan permohonan?
• Sila berhubung dengan :
– Pegawai Tadbir (Unit Aktiviti) ? 07- 5537770
– Pembantu Tadbir ? 07 -5537864
• Status kelulusan permohonan hanya boleh diketahui selepas 4 hari permohonan dihantar ke kaunter RMC
Back to top

08. Jika permohonan tidak diluluskan, apakah yang perlu lakukan?
Rujuk kepada sebab permohonan tidak diluluskan. Jika :
• Permohonan tidak disokong oleh Pengarah RMC
– Sila kemukakan rayuan beserta justifikasi kukuh untuk dipertimbangkan oleh Pengarah RMC / Pihak Penaja.
• Projek tamat tempoh :
– Sila kemukakan permohonan baru dengan menggunakan vot projek lain yang masih aktif.
• Baki keseluruhan dan V21000 tidak mencukupi
– Sila kemukakan permohonan baru dengan menggunakan vot projek lain yang masih berbaki / membuat pindaan Vsiri (rujuk Unit Pemantauan). Permohonan baru boleh dikemukakan ke RMC setelah keputusan pindaan Vsiri diperolehi.
• Dokumen tidak lengkap
– Sila lengkapkan dokumen sepertimana yang diminta.
Back to top

09. Bagaimanakah untuk mengetahui status permohonan?
• Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui surat mengikut nama Ketua Projek penghantaran surat ke fakulti). Walau bagaimanapun pada hal-hal tertentu, pemohon akan dihubungi melalui email atau panggilan telefon.
• Pemohon juga boleh datang ke RMC untuk mengambil surat kelulusan di kaunter RMC. Sila hubungi terlebih dahulu staf yang bertugas untuk memastikan surat telah tersedia.
• Sila maklumkan maklumat berikut kepada staf yang bertugas untuk mengetahui status permohonan :
– Tarikh dokumen permohonan dihantar ke RMC
– Nombor vot
– Nama pemohon
– Tempat dan tarikh aktiviti
Back to top

10. Adakah dihadkan tempat untuk mengadakan bengkel di luar UTM?
– Sila rujuk Pekeliling Pejabat Bendahari Bil. 5 Tahun 2010 – Polisi Perbelanjaan Berhemat
Back to top

11. Adakah dibenarkan pembayaran honorarium bagi penyelidik jemputan / fasilitator bengkel?
– Boleh dengan syarat V29000 mencukupi dan memenuhi syarat kadar kelayakan pembayaran. Rujuk Peliling Pentadbiran Bil 31/2010 ? Kadar bayaran Saguhati Penceramah/ Fasilitator Mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil 2 2005
Back to top

12. Adakah bengkel yang diadakan perlu mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dalam proposal oleh pihak penaja atau sebaliknya?
– Pemohon bertanggungjawab memenuhi keperluan pihak Penaja dengan melaksanakan aktiviti yang akan diadakan mengikut perancangan. Segala perubahan yang berlaku perlu dinyatakan dengan jelas bagi memudahkan proses pemantauan kelak.
Back to top

13. Berapakah tempoh masa yang diperlukan dari pejabat TNCPI untuk meluluskan permohonan tersebut? Siapakah yang menguruskan kelulusan tersebut?
TNCPI mengambil masa lebih kurang 2-3 minggu untuk meluluskan sesuatu permohonan. Boleh berhubung terus dengan pejabat TNCPI bagi mengetahui status permohonan aktiviti.
Sila berhubung terus dengan :
Penolong Pendaftar (Pej. TNCPI) ? 07- 5530300
Back to top

14. Setelah diluluskan oleh pejabat TNCPI, adakah surat kelulusan tersebut dimaklumkan terus ke Ketua Projek atau RMC?
– Surat kelulusan akan diberikan kepada Pengarah RMC. Pihak RMC yang bertanggungjawab memaklumkan kelulusan kepada pemohon melalui surat / email kepada pemohon.
Back to top

15. Adakah perbelanjaan bengkel perlu mengikut kos tertentu yang telah diluluskan?
– Ya.
Back to top

16. Adakah bengkel boleh diadakan lebih dari sekali sekiranya baki vot mencukupi?
– Boleh. Walau bagaimanapun bergantung kepada keperluan bengkel diadakan dan tertakluk kepada kelulusan Pengarah RMC.
Back to top


Permohonan Menjalankan Aktiviti Penyelidikan : Penyelidik Jemputan & Khidmat Pakar (Dalam Negara)

01. Apakah fungsi Unit Aktiviti?
• Unit Aktiviti ialah Unit yang menawarkan perkhidmatan menguruskan permohonan kepada para penyelidik untuk menjalankan aktiviti menjemput penyelidik jemputan dan khidmat pakar dalam negara melalui pembiayaan geran penyelidikan yang diperolehi dari tajaan universiti, agensi kerajaan mahupun swasta yang telah didaftarkan ke RMC.
• Pihak RMC memberikan kelulusan permohonan berdasarkan kelayakan yang telah disyaratkan.
Back to top

02. Apakah dokumen yang diperlukan?
• Dokumen yang diperlukan adalah Borang permohonan menjalankan aktiviti penyelidikan. Sila pastikan menggunakan borang pindaan terkini.
• Borang ini boleh didapati dari menu research activity di: http://utmonline.utm.my/rmc. Sila rujuk senarai semak yang disertakan bagi tambahan dokumen sokongan mengikut jenis aktiviti yang dipohon.
Back to top

03. Bagaimana cara untuk memohon?
• Sila isi dan lengkapkan borang permohonan aktiviti penyelidikan bersama dokumen sokongan dan dihantar ke RMC sekurang-kurangnya 14 hari waktu bekerja sebelum tarikh aktiviti.
• Permohonan aktiviti yang lewat dihantar akan menyebabkan kesulitan semasa memohon pendahuluan perjalanan serta penyediaan honorarium kerana permohonan ini hanya diproses setelah kelulusan aktiviti diterima.
Back to top

04. Apakah syarat-syarat yang diperlukan?
• Syarat utama permohonan aktiviti penyelidikan ini adalah :
– Dokumen permohonan lengkap
– Baki V21000 /V29000 (Hororarium)/ Baki keseluruhan mencukupi
– Aktiviti dilaksanakan pada tempoh projek masih aktif
– Memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Penaja Geran (sila rujuk garis panduan geran penyelidikan)
• Ketua Projek dan ahli kumpulan penyelidikan sahaja layak untuk menjemput penyelidik luar/khidmat pakar.
Back to top

05. Bolehkan menjemput penyelidik luar/ khidmat pakar dari luar negara?
– Boleh. Sila rujuk Unit Lantikan, RMC
Back to top


Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index