Penerima Dana Penyelidikan Kementerian Pengajian Tinggi (DP KPT Fasa 1/2011 – Fasa 1/2016)
Bersama-sama ini dipanjangkan makluman berhubung penghantaran laporan akhir bagi Dana Penyelidikan Kementerian Pengajian Tinggi (DP KPT) bagi Fasa 1/2011- Fasa 1/2016.
Semua Ketua Projek (KP) diwajibkan untuk menghantar Laporan Akhir di sistem MyGRANTS selewat-lewatnya pada 30 Disember 2020 (Rabu) untuk disemak dan disahkan oleh RMC sebelum dihantar ke KPT pada 31 Disember 2020.
Pengisian Laporan Akhir ini boleh memberi kesan terhadap permohonan geran baharu oleh KP pada tahun 2021 dimana KP yang gagal berbuat demikian, permohonan geran baharu tidak dapat di ambil kira.
Pengumpulan data Laporan Akhir projek-projek penyelidikan di bawah DP KPT adalah sangat penting bagi pelaporan pencapaian dan impak keberhasilan program ini di bawah RMKe-10 dan RMKe-11 kepada pihak pengurusan KPT dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM).