Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2.   Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Malaysia selaku ahli Jawatankuasa Kecil Tetap Sains (JKTS) ingin memanjangkan jemputan daripada Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) bagi Permohonan Geran Sumbangan SKUM (GSS) Tahun 2022. Bersama-sama ini dilampirkan Garis Panduan GSS Tahun 2022 dan Borang Permohonan GSS Tahun 2022 untuk perhatian YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./ Tuan/Puan.
3. Â Â Â Sehubungan itu, pemohon yang berminat juga adalah dimohon untuk mengambil perhatian ke atas perkara-perkara penting seperti yang berikut:
  a)  Setiap dokumen asal permohonan perlu dihantar kepada MOSTI dan disalinkan kepada SKUM (emel:skum.bha@moe.gov.my) untuk tujuan semakan silang dan rekod; dan
  b)  Tarikh tutup untuk pemohon mengemukakan permohonan kepada MOSTI: selewat-lewatnya 28 Januari 2022 (Jumaat) jam 5.00 petang;
4.   Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./ Tuan/Puan boleh menghubungi Kementerian ini menerusi emel aidil@mosti.gov.my dan disalinkan kepada nurulahernesto@mosti.gov.my dan haslinda@mosti.gov.my.
Sekian.
Garis Panduan GSS Tahun 2022
Borang Permohonan GSS Tahun 2022