Nexus Young Researcher (NYR+) adalah satu bentuk program baru untuk pelajar pasca siswazah yang terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang akan mengikuti pengajian secara sepenuh masa di UTM. Program ini merupakan salah satu agenda untuk mencapai matlamat bagi menghasilkan saintis-saintis muda / penyelidik yang berani menyahut cabaran serta menghasilkan cendekiawan yang bertaraf dunia.
Program NYR dintegrasikan dengan geran penyelidikan UTM Encouragement Research (UTMER) dan UTM Fundamental Research UTMFR 2023 yang telah diumumkan pada 16 Julai 2023, serta FRGS 2023.
Syarat Permohonan:
1) Dibuka kepada warganegara Malaysia sahaja.
2) Berumur tidak melebihi 40 tahun untuk calon Sarjana dan PhD semasa permohonan.
3) Tidak menerima apa-apa biasiswa atau bantuan kewangan pengajian dari mana-mana syarikat, yayasan, agensi kerajaan atau badan penaja.
4) Dibuka untuk pelajar yang tidak bekerja
5) Dibenarkan juga untuk pelajar fast-track.
6) Dibuka untuk pelajar baru sahaja.
Senarai tajuk projek boleh didapati pada pautan:
Borang permohonan boleh didapati pada pautan:
Tempoh pembiayaan:
Sarjana: 2 tahun
PhD: 3 tahun
Peruntukan pembiayaan:
Sarjana: Elaun dari RM1500/bulan, dan yuran RM12,390 untuk 4 semeter.
PhD: Elaun dari RM1800/bulan dan yuran RM18,350 untuk 6 semester.
Output program:
Sarjana: 1 jurnal WOS
PhD 2 jurnal WOS
Kaedah permohonan:
Calon perlu mengisi LINK / QR code yang diberikan sebelum 30 September 2023.
Untuk pertanyaan, boleh diajukan kepada :Â srmrmc@utm.my