Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Para Penyelidik yang Dihormati

PEMAKLUMAN PEMBUKAAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN UTM NEXUS POSTGRAD 2025 DIBUKA SEPANJANG TAHUN – TERTAKLUK KEPADA BAKI DANA

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa permohonan bagi Skim Geran UTM Nexus Postgrad 2025 di bawah Jabatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) kini dibuka sepanjang tahun.

CARA PERMOHONAN 

– Permohonan boleh dikemukakan secara dalam talian sepenuhnya melalui pautan Google Form berikut: https://forms.gle/jsXd3EDumYjtyCHc9

BIDANG TUJAHAN PENYELIDIKAN

– Permohonan GERAN PENYELIDIKAN UTM NEXUS POSTGRAD 2025 adalah berdasarkan kepada 9 bidang tujahan universiti berikut:

  1. a) Sustainable and Resilient Urbanisation
  2. b) Next Generation Systems and Networks
  3. c) Smart Manufacturing and Materials
  4. d) Natural Product, Biorefinery and Biotechnology
  5. e) Energy Sustainability
  6. f)  Water Security
  7. g) Smart Transportation
  8. h) Biomedical and Healthcare Engineering
  9. i)  Smart Society

OBJEKTIF 

  1. Untuk membantu penyelidik UTM yang mempunyai pelajar pasca siswazah mod penyelidikan, yang TELAH BERDAFTAR  tetapi tiada geran penyelidikan yang aktif untuk membantu penyelidikan pelajar tersebut.
  2. Untuk memperkasakan penyelidikan sedia ada yang boleh memberi sumbangan kepada pembangunan negara.

PERUNTUKAN GERAN 

  1. Jumlah siling maksimum bagi setiap permohonan geran adalah RM 25,000.00 bagi setiap projek,DAN
  2. Hanya boleh digunakan untuk keperluan penyelidikan pelajarsahaja.

TEMPOH PENYELIDIKAN 

– Tempoh pelaksanaan projek adalah dalam tempoh pelajar aktif dan tidak melebihi tiga (3) tahun. Pelanjutan tempoh tidak dibenarkan.

SYARAT PERMOHONAN 

  • Staf Akademik MESTILAH bukan staf yang disenarai hitam oleh universiti;
  • Staf Akademik TIDAK mempunyai geran aktif yang berkaitan dengan skop penyelidikan pelajar aktif pada tahun semasa;
  • Proposal yang dihantar adalah merupakan proposal pelajar pasca siswazah mod penyelidikan yang terlibat;
  • Tajuk projek perlu sama dengan tajuk tesis pelajar (seperti yang telah didaftarkan di GSMS);
  • Telah menyelesaikan dan menghantar laporan akhir bagi projek yang telah tamat;
  • Semua ketua Penyelidik warganegara dan bukan warganegara Malaysia bertaraf tetap/kontrak dimestikan mempunyai sekurang-kurangnya seorang (1) penyelidik bersama warganegara Malaysia bertaraf tetap dalam bidang kepakaran yang sama;
  • Setiap projek mesti terdiri daripada Ketua Penyelidik dan pelajar pasca siswazah (tempatan/antarabangsa) yang terlibat;
  • Staf akademik yang bercuti belajar/ cuti sabatikal / cuti latihan ikhtisas / Post-Doc tidak dibenarkan menjadi Ketua Penyelidik tetapi dibenarkan menjadi ahli projek;
  • Seorang staf akademik hanya boleh mengemukakan satu permohonan geran penyelidikan Nexus Postgrad dalam satu masa;
  • Permohonan yang tidak lengkap dan dihantar selepas tarikh tamat permohonan adalah ditolak dan tidak akan dipertimbangkan;
  • Penyelidikan hanya boleh dijalankan dalam Malaysia sahaja;
  • Kelulusan Jawatankuasa Etika Penyelidikan Manusia/Haiwan (jika berkaitan) perlu diperoleh dalam tempoh enam (6) bulan yang pertama selepas geran diaktifkan.

*Keutamaan pertimbangan untuk kelulusan diberikan kepada pelajar yang mengalami masalah kewangan.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, para penyelidik boleh berhubung terus dengan Research Manager (RM) fakulti masing-masing.

Semoga permohonan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya demi kemajuan penyelidikan di UTM.

Sekian, terima kasih atas perhatian dan kerjasama tuan/puan.
Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index