Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Penyelidik UTM yang dihormati,

Sukacita dimaklumkan,  tempoh bagi projek penyelidikan di bawah geran universiti dipertimbangkan untuk diberi pelanjutan selama enam (6) bulan susulan daripada pandemik COVID-19. Ini melibatkan projek-projek yang berstatus aktif pada 19 September 2021. Pelanjutan tempoh penyelidikan yang diberikan ini tidak melibatkan sebarang pertambahan kos penyelidikan.

 Untuk makluman semua penyelidik, perlanjutan ini bukan secara automatik. Penyelidik perlu membuat permohonan dan perlu disertakan justifikasi yang kukuh. Permohonan boleh dibuat sehingga 28 September 2021. Permohonan selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

Sehubungan dengan itu, semua penyelidik yang berkenaan perlu melihat dan merancang semula carta perbatuan (milestone) serta membuat pindaan selari dengan tarikh tamat baharu geran-geran tersebut (jika perlu).

Berikut adalah perkara yang perlu dilakukan:

  • Permohonan perlu dibuat melalui sistem RADIS https://radis.utm.my/ (Rujuk Lampiran Tatacara Permohonan Lanjutan Tempoh).
  • Bagi geran yang berkonsepkan Program seperti CRG, UTM TDR, UTM RA Iconic Grant dan HIR, permohonan perlanjutan adalah melalui Program.

Sebarang pertanyaan atau masalah boleh terus dimajukan ke Unit Pemantauan RMC;

NAMA PEGAWAI

NO TEL

EMAIL
Puan Nur Arbainah Binti Shamsul Annuar 017-710 9890 nurarbainah@utm.my
Puan Nur Illani Binti A Khalid 019-707 0760 illani@utm.my
Puan Siti Mashitah Binti Saidin 010-5110024 mashitah@utm.my
Unit Pemantauan RMC 07 553 0610 unitpemantauanrmc@utm.my

 

UTM Open Day