Assalamualaikum wrmt. wbrkt dan Salam Sejahtera,

Penyelidik UTM yang dihormati,

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ingin mempelawa staf akademik untuk memohon geran padanan “UTM-Industri” dengan peruntukan berjumlah maksima RM 20,000.00/projek (padanan dana daripada kolaborator/ industri maksima RM 20,000.00). Sebanyak 3 projek penyelidikan yang terbaik akan dipilih.

Projek penyelidikan adalah untuk dua (2) tahun dan terbuka kepada semua bidang penyelidikan yang mempunyai ciri-ciri berikut :

  • Penyelesaian masalah teknologi;
  • Peningkatan produktiviti melalui pengurangan kos dan peningkatan pengeluaran.

Syarat Kelayakan:

1. Staf Akademik

  •  Terbuka kepada semua staf akademik berstatus tetap atau kontrak yang masih berbaki tempoh perkhidmatan selama minima satu ( 1) tahun;
  •  Mesti mempunyai kolaborasi dengan mana-mana syarikat dari pelbagai sektor ekonomi;
  •  Staf akademik yang sedang bercuti belajar / Cuti Sabatikal tidak dibenarkan menjadi Ketua Penyelidik;
  •  Sekurang-kurangnya 3 orang staf akademik terlibat dalam projek tidak termasuk Ketua Projek;
  •  Staf Akademik yang telah disenarai hitam atau mempunyai projek yang berstatus End Without Final Report tidak layak memohon.

2. Syarikat

  • Terbuka kepada syarikat dan perniagaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masing-masing bagi perniagaan di Sabah dan Sarawak;
  • Spin off UTM dan IPTA lain tidak dibenarkan memohon;
  • Nilai jualan tahunan melebihi RM50,000.00 dengan bukti penyata bank syarikat enam (6) bulan terkini (bagi perniagaan) atau set lengkap penyata akaun yang diaudit untuk tiga (3) tahun terkini (bagi syarikat);
  • Syarikat mesti beroperasi sekurang-kurangnya satu (1) tahun.

 

Jadual Penawaran Geran

Perkara Tarikh Tindakan
Pembukaan geran. Garis panduan, https://bit.ly/3obweKN 1 Februari 2022 RMC
Penyediaan proposal dan borang permohonan. Template borang, https://bit.ly/3r0jlom 1-27 Februari 2022 Ketua Penyelidik
Penghantaran permohonan dan muatnaik dokumen permohonan pada pautan, https://bit.ly/3H55YsC  28 Februari 2022
Sebelum 5 petang
Ketua Penyelidik
Pembentangan proposal 1 – 10 Mac 2022 Ketua Penyelidik
Panel Penilai
RMC
Penilaian proposal 11 – 16 Mac 2022 Panel Penilai
RMC
Keputusan permohonan secara emel bagi 3 projek penyelidikan yang berjaya 17 Mac 2022 RMC

Permohonan hendaklah dihantar sebelum atau pada 28 Februari 2022 (sebelum jam 5.00 petang).

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) : Siti Rahimah Mohd Yusop di talian 011-6330 2404 atau emel ke dtd@utm.my 

 Sekian, terima kasih.

 

Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index