Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk Seri / Dato’ Seri / Dato’ Sri / Datuk / Dato’ / Datin YBrs. Prof. / Dr. / Ir. / Tuan / Puan,

JEMPUTAN UNTUK MELENGKAPKAN SOAL SELIDIK BAGI PEMETAAN PEMEGANG TARUH TEKNOLOGI AIR NEGARA

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

  1. Untuk makluman YBhg. Datuk Seri / Dato’ Seri / Dato’ Sri / Datuk / Dato’ / Datin / YBrs. Prof. / Dr. / Ir. / Tuan / Puan, Kementerian Ekonomi sedang melaksanakan kajian Local Water Technology Capability Gap Study for Malaysia dengan kerjasama pasukan perunding Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Kajian ini bertujuan menilai landskap dan jurang keupayaan teknologi air tempatan serta merangka hala tuju pembangunan teknologi air negara bagi menyokong Agenda Transformasi Sektor Air (AIR 2040). Bersama-sama surat ini dilampirkan surat rasmi Kementerian Ekonomi (No. Rujukan: EPU.500-8/5/1 JLD19 (33)) sebagai rujukan.
  2. Susulan Bengkel Pemetaan dan Penyelarasan Pemegang Taruh Teknologi Air Negara pada 6 Oktober 2026, soal selidik ini bertujuan mendapatkan maklumat lanjut mengenai pembangunan dan penggunaan teknologi air tempatan, tahap kesediaan teknologi, kemudahan dan kepakaran sedia ada, serta cabaran dalam pengujian, penerimagunaan dan pengkomersialan teknologi. Maklum balas yang diterima akan menjadi input kepada penilaian jurang keupayaan, keperluan pengguna teknologi dan peluang kerjasama dalam ekosistem teknologi air negara.
  3. Sehubungan itu, pihak kami menjemput YBhg. Datuk Seri / Dato’ Seri / Dato’ Sri / Datuk / Dato’ / Datin / YBrs. Prof. / Dr. / Ir. / Tuan / Puan untuk menjawab soal selidik melalui pautan berikut sebelum atau pada tarikh yang ditetapkan, selaras dengan surat rasmi Kementerian Ekonomi yang dilampirkan. Pihak kami juga memohon jasa baik pihak tuan/puan untuk memanjangkan soal selidik ini kepada ahli akademik dan penyelidik di universiti tuan/puan yang mempunyai kepakaran atau terlibat dalam bidang berkaitan teknologi air.

Pautan: https://shorturl.at/Zu7Jy

Tarikh akhir maklum balas : 30 Oktober 2026

  1. Maklum balas yang diberikan akan digunakan sebagai input kepada analisis jurang keupayaan dan perancangan hala tuju pembangunan teknologi air tempatan. Sehubungan itu, pandangan dan pengalaman YBhg. Datuk Seri / Dato’ Seri / Dato’ Sri / Datuk / Dato’ / Datin / YBrs. Prof. / Dr. / Ir. / Tuan / Puan amat penting bagi memastikan hasil kajian mengambil kira keperluan sebenar pemegang taruh. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan soal selidik ini, mohon untuk menghubungi pegawai kami, Ts. Siti Fadilla binti Md Noor (sfadilla@utm.my).
  2. Perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk Seri / Dato’ Seri / Dato’ Sri / Datuk / Dato’ / Datin / YBrs. Prof. / Dr. / Ir. / Tuan / Puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Research Ecosystem
Get the latest news & events Customer Satisfaction Survey
UTM Open Day