Penyelidik yang dihormati,

Sukacita diingatkan kepada penyelidik bagi menyelesaikan penghantaran laporan prestasi dan laporan akhir melalui sistem MyGRANTS bil 2/2020.

Kegagalan menghantar laporan akan menyebabkan implikasi terhadap permohonan geran pada masa akan datang selain daripada tindakan penalti.

Dimaklumkan juga pihak RMC akan menganjurkan Klinik Pengurusan Geran Penyelidikan Bil 4/2020 pada 19 Ogos 2020 di RMC, JB dan RMC, KL. Penyelidik yang mempunyai masalah dalam pengisian laporan MyGRANTS boleh terus hadir ke RMC.

Sekiranya terdapat permasalahan berkenaan dengan cara pengisian laporan MyGRANTS, penyelidik boleh menghubungi Unit Pemantauan di talian 37830 / 37873 atau email ke unitpemantauanrmc@utm.my.

Sekian, terima kasih.