Assalamualaikum wrmt. wbrkt dan Salam Sejahtera,
Penyelidik UTM yang dihormati,
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ingin mempelawa staf akademik untuk memohon geran padanan “UTM-Industri” dengan peruntukan berjumlah maksima RM 20,000.00/projek (padanan dana daripada kolaborator/ industri maksima RM 20,000.00). Sebanyak 3 projek penyelidikan yang terbaik akan dipilih.
Projek penyelidikan adalah untuk dua (2) tahun dan terbuka kepada semua bidang penyelidikan yang mempunyai ciri-ciri berikut :
- Penyelesaian masalah teknologi;
- Peningkatan produktiviti melalui pengurangan kos dan peningkatan pengeluaran.
Syarat Kelayakan:
1. Staf Akademik
- Â Terbuka kepada semua staf akademik berstatus tetap atau kontrak yang masih berbaki tempoh perkhidmatan selama minima satu ( 1) tahun;
- Â Mesti mempunyai kolaborasi dengan mana-mana syarikat dari pelbagai sektor ekonomi;
- Â Staf akademik yang sedang bercuti belajar / Cuti Sabatikal tidak dibenarkan menjadi Ketua Penyelidik;
- Â Sekurang-kurangnya 3 orang staf akademik terlibat dalam projek tidak termasuk Ketua Projek;
- Â Staf Akademik yang telah disenarai hitam atau mempunyai projek yang berstatus End Without Final Report tidak layak memohon.
2. Syarikat
- Terbuka kepada syarikat dan perniagaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masing-masing bagi perniagaan di Sabah dan Sarawak;
- Spin off UTM dan IPTA lain tidak dibenarkan memohon;
- Nilai jualan tahunan melebihi RM50,000.00 dengan bukti penyata bank syarikat enam (6) bulan terkini (bagi perniagaan) atau set lengkap penyata akaun yang diaudit untuk tiga (3) tahun terkini (bagi syarikat);
- Syarikat mesti beroperasi sekurang-kurangnya satu (1) tahun.
Jadual Penawaran Geran
Perkara | Tarikh | Tindakan |
Pembukaan geran. Garis panduan, https://bit.ly/3obweKN | 1 Februari 2022 | RMC |
Penyediaan proposal dan borang permohonan. Template borang, https://bit.ly/3r0jlom | 1-27 Februari 2022 | Ketua Penyelidik |
Penghantaran permohonan dan muatnaik dokumen permohonan pada pautan, https://bit.ly/3H55YsC | 28 Februari 2022 Sebelum 5 petang |
Ketua Penyelidik |
Pembentangan proposal | 1 – 10 Mac 2022 | Ketua Penyelidik Panel Penilai RMC |
Penilaian proposal | 11 – 16 Mac 2022 | Panel Penilai RMC |
Keputusan permohonan secara emel bagi 3 projek penyelidikan yang berjaya | 17 Mac 2022 | RMC |
Permohonan hendaklah dihantar sebelum atau pada 28 Februari 2022 (sebelum jam 5.00 petang).
Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) : Siti Rahimah Mohd Yusop di talian 011-6330 2404 atau emel ke dtd@utm.myÂ
 Sekian, terima kasih.