Para Penyelidik Yang Dihormati,
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Malaysia menerusi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) merupakan ahli kepada International Centre for Genetic Engineering and Biotechnology (ICGEB). ICGEB merupakan sebuah pertubuhan antarabangsa antara kerajaan (intergovernmental) yang membantu negara-negara membangun melaksanakan aktiviti penyelidikan, latihan dan pemindahan teknologi dalam bidang kejuruteraan genetik dan bioteknologi yang berpangkalan di Trieste, Itali.
3. ICGEB telah membuka permohonan bagi Collaborative Research Programme (CRP) – ICGEB Research Grants dan CRP – ICGEB Early Career Return Grants bagi tahun 2025. Fokus bidang penyelidikan bagi pembiayaan yang ditawarkan adalah dalam bidang berikut:
(i) Basic Life Sciences
(ii) Human Healthcare;
(iii) Industrial & Agricultural Biotechnology; dan
(iv) Bioenergy.
4. Kami mengalu-alukan semua penyelidik yang berminat untuk mengambil peluang ini dengan mengemukakan permohonan melalui atas talian di pautan https://isg.icgeb.org/auth/login sebelum atau pada tarikh tutup permohonan iaitu 30 April 2025 (Rabu). Bersama-sama ini disertakan General Information & Conditions for Application Call 2025 dan CRPs Application Online Submission Guidelines sebagai rujukan para penyelidik sekalian:
5. Untuk makluman Para penyelidik sekalian, permohonan bagi Collaborative Research Programme (CRP) – ICGEB Research Grants dan CRP-ICGEB Early Career Return Grants bagi tahun 2025 ini memerlukan pengesahan daripada pihak RMC, sila rujuk jadual kerja di bawah sebagai panduan:
No |
Description |
Date |
Action |
1 |
Announcement of Grant Opening |
06-Feb-25 |
RMC |
2 |
Proposal Preparation through the application system. |
06-Feb-25 – 29-Apr-25 |
Project Leader |
3 |
Download the “Confirmation by Institution” form from Section 4 in the application system and email to RMC at internationalscouting.rmc@utm.my for approval |
06-Feb-25 – 16-Apr-25 |
Project Leader |
4 |
Approval by Director of Research Management Centre (RMC) |
06-Feb-25 – 16-Apr-25 |
RMC |
5 |
Dateline of proposal submission through the application system https://isg.icgeb.org/auth/login |
30-Apr-25 (23:59 GMT) |
Project Leader |
6. Untuk perhatian Para Penyelidik, permohonan ini memerlukan lampiran yang berkaitan seperti Confirmation by the Institute, Ethical approval, letters of collaboration, Resubmission [Rujuk CRPs Application Online Submission Guidelines pada m/s 20 bahagian Section 9 untuk panduan]
7. Kerjasama dan perhatian Para Penyelidik, berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
8. Sila emel kepada kami melalui internationalscouting.rmc@utm.my untuk sebarang bantuan.