Penyelidik yang dihormati,
Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa tarikh akhir penerimaan permohonan bagi Lantikan Pegawai Penyelidik (RO Q9R), Penolong Pegawai Penyelidik (ARO Q5R), Pembantu Penyelidik (RA Q1R), SLPP GRA, SLPP SRA dan NYR pembayaran gaji & elaun bagi bulan MEI 2025 adalah pada 21 APRIL 2025 (ISNIN).  Ketua Penyelidik adalah disarankan untuk membuat permohonan pelantikan baru di bawah geran penyelidikan dalam sistem RADIS sebelum atau pada tarikh tersebut. Kelewatan berbuat demikian akan memberi kesan kepada bayaran gaji atau elaun dibawa ke hadapan dan akan dibayar pada tarikh penerimaan gaji / elaun bulan yang berikutnya.
Sebarang pertanyaan berhubung pelantikan, sila emailkan terus ke unitlantikanrmc@utm.my.