Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Para Penyelidik yang Dihormati
PEMAKLUMAN PEMBUKAAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKANÂ UTM NEXUS POSTGRAD 2025Â DIBUKA SEPANJANG TAHUN – TERTAKLUK KEPADA BAKI DANA
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa permohonan bagi Skim Geran UTM Nexus Postgrad 2025 di bawah Jabatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) kini dibuka sepanjang tahun.
CARA PERMOHONANÂ
– Permohonan boleh dikemukakan secara dalam talian sepenuhnya melalui pautan Google Form berikut: https://forms.gle/jsXd3EDumYjtyCHc9
BIDANG TUJAHAN PENYELIDIKAN
– Permohonan GERAN PENYELIDIKAN UTM NEXUS POSTGRAD 2025 adalah berdasarkan kepada 9 bidang tujahan universiti berikut:
- a)Â Sustainable and Resilient Urbanisation
- b)Â Next Generation Systems and Networks
- c)Â Smart Manufacturing and Materials
- d)Â Natural Product, Biorefinery and Biotechnology
- e)Â Energy Sustainability
- f)Â Â Water Security
- g)Â Smart Transportation
- h)Â Biomedical and Healthcare Engineering
- i)Â Â Smart Society
OBJEKTIFÂ
- Untuk membantu penyelidik UTM yang mempunyai pelajar pasca siswazah mod penyelidikan, yang TELAH BERDAFTAR tetapi tiada geran penyelidikan yang aktif untuk membantu penyelidikan pelajar tersebut.
- Untuk memperkasakan penyelidikan sedia ada yang boleh memberi sumbangan kepada pembangunan negara.
PERUNTUKAN GERANÂ
- Jumlah siling maksimum bagi setiap permohonan geran adalah RM 25,000.00 bagi setiap projek,DAN
- Hanya boleh digunakan untuk keperluan penyelidikan pelajarsahaja.
TEMPOH PENYELIDIKANÂ
– Tempoh pelaksanaan projek adalah dalam tempoh pelajar aktif dan tidak melebihi tiga (3) tahun. Pelanjutan tempoh tidak dibenarkan.
SYARAT PERMOHONANÂ
- Staf Akademik MESTILAHÂ bukan staf yang disenarai hitam oleh universiti;
- Staf Akademik TIDAK mempunyai geran aktif yang berkaitan dengan skop penyelidikan pelajar aktif pada tahun semasa;
- Proposal yang dihantar adalah merupakan proposal pelajar pasca siswazah mod penyelidikan yang terlibat;
- Tajuk projek perlu sama dengan tajuk tesis pelajar (seperti yang telah didaftarkan di GSMS);
- Telah menyelesaikan dan menghantar laporan akhir bagi projek yang telah tamat;
- Semua ketua Penyelidik warganegara dan bukan warganegara Malaysia bertaraf tetap/kontrak dimestikan mempunyai sekurang-kurangnya seorang (1) penyelidik bersama warganegara Malaysia bertaraf tetap dalam bidang kepakaran yang sama;
- Setiap projek mesti terdiri daripada Ketua Penyelidik dan pelajar pasca siswazah (tempatan/antarabangsa) yang terlibat;
- Staf akademik yang bercuti belajar/ cuti sabatikal / cuti latihan ikhtisas / Post-Doc tidak dibenarkan menjadi Ketua Penyelidik tetapi dibenarkan menjadi ahli projek;
- Seorang staf akademik hanya boleh mengemukakan satu permohonan geran penyelidikan Nexus Postgrad dalam satu masa;
- Permohonan yang tidak lengkap dan dihantar selepas tarikh tamat permohonan adalah ditolak dan tidak akan dipertimbangkan;
- Penyelidikan hanya boleh dijalankan dalam Malaysia sahaja;
- Kelulusan Jawatankuasa Etika Penyelidikan Manusia/Haiwan (jika berkaitan) perlu diperoleh dalam tempoh enam (6) bulan yang pertama selepas geran diaktifkan.
*Keutamaan pertimbangan untuk kelulusan diberikan kepada pelajar yang mengalami masalah kewangan.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, para penyelidik boleh berhubung terus dengan Research Manager (RM) fakulti masing-masing.
Semoga permohonan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya demi kemajuan penyelidikan di UTM.