Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera
YBhg. Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan,
Dimaklumkan Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan akan mengadakan taklimat Call for Proposals 2027 seperti butiran berikut:
Tarikh: 5 November 2026 (Khamis)Masa: 11.00 pagiPlatfom: Zoom
Taklimat akan meliputi aspek penyediaan dokumen permohonan dan proses permohonan. Para penyelidik yang berminat untuk menghantar permohonan adalah dijemput untuk menyertai sesi taklimat ini.
Kerjasama pihak YBhg. Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan amatlah dihargai dan didahulukan dengan terima kasih.