YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,
PENCALONAN PRODUK/TEKNOLOGI/PERKHIDMATAN HASIL R&D&C&I BAGI SESI PENILAIAN UPAYA (DUE DILIGENCE) TAHUN PENGKOMERSIALAN MALAYSIA (MCY) SIRI 4 TAHUN 2025
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah melaksanakan inisiatif Tahun Pengkomersialan Malaysia (Malaysia Commercialisation Year– MCY) sejak tahun 2016 sehingga kini untuk membantu golongan penyelidik, inovator dan usahawan tempatan melonjakkan aktiviti pengkomersialan produk/teknologi/perkhidmatan hasil penyelidikan (research), pembangunan (development), pengkomersialan (commercialisation) dan inovasi (innovation). Selaras dengan prinsip MADANI yang turut menekankan kepada daya cipta, inisiatif MCY kini telah memasuki fasa ketiga pelaksanaannya iaitu MCY 3.0 dengan fokus pengkomersialan hasil R&D&C&I ke peringkat global.
3. Susulan itu,MOSTI akan menganjurkan Sesi Due Diligence MCY Siri 4 Tahun 2025 yang dijadualkan ketetapan seperti berikut:
Tarikh | : | 28 & 29 Oktober 2025 (Selasa – Rabu) |
Masa | : | 9.00 pagi – 5.00 petang
(slot Jadual Pembentangan akan dimaklumkan kemudian) |
Tempat | : | Akan dimaklumkan kemudian |
4. Perhatiandan kerjasama YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan berhubung perkara di atas didahului dengan ucapan terima kasih.Sehubungan itu, YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan dijemput untuk mengemukakan pencalonan produk/teknologi/perkhidmatan hasil R&D&C&I selewat-lewatnya24 Oktober 2025 (Jumaat) melalui pautan pendaftaran berikut:
https://sdb.mosti.gov.my/sdbcms/portfolio/edd/
5. Bersama-sama ini dilampirkan maklumat berikut sebagai panduan:
Garis Panduan | : | seperti di Lampiran 1 |
Contoh borang pencalonan | : | seperti di Lampiran 2 |
Format Slaid Pembentangan | : | seperti di Lampiran 3 |
6. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan boleh menghubungi pegawai-pegawai berikut:
a) | Encik Armi Hazri Bin Abd Raman | ||
No. Tel. | : | 03-8885 8223 | |
E-mel | : | armihazri@mosti.gov.my | |
b) | Puan Norhasimah Binti Ismail | ||
No. Tel. | : | 03-8885 8355 | |
E-mel | : | shima@mosti.gov.my | |
c) | Puan Naqiyatul Khalidah Binti Hanafiah | ||
No. Tel. | : | 03-8885 8355 | |
E-mel | : | naqiya@mosti.gov.my |