Dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) dengan kerjasama Medical Research Council, United Kingdom (MRC, UK) telah bersetuju untuk melaksanakan UK-Malaysia Joint Partneship on Non-Communicable Diseases di bawah program MyPAIR. Pembukaan permohonan ini adalah khusus bagi pelaksanaan penyelidikan berkaitan diabetes dan penyakit kardiovaskular. Permohonan ini adalah terbuka kepada Universiti Awam dan Universiti Swasta (termasuk Kampus Cawangan bertaraf universiti). Permohonan dibuka mulai 15 April 2019 (8.00 p.m. waktu Malaysia) sehingga 29 Mei 2019 (11.00 p.m. waktu Malaysia).

4.    Pihak universiti adalah dipohon untuk mengambil perhatian akan perkara-perkara berikut:

4.1.    Proposal perlu disediakan secara bersama dengan penyelidik UK;
4.2.    Proposal yang disediakan perlu dikemukakan oleh Penyelidik Utama daripada United Kingdom melalui Joint-Electronic System (Je-S);
4.3.    Ketua Projek Malaysia adalah dipohon untuk mengemukakan proposal melalui Malaysia Greater Research Network Systems (MyGRANTS) dalam tempoh 14 hari bekerja daripada tarikh tutup penghantaran permohonan melalui Je-S. Salinan proposal yang telah dihantar melalui Je-S perlu disertakan bersama semasa penghantaran proposal melalui MyGRANTS;
4.4.    Proposal perlu diperaku oleh Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) sebelum dimajukan kepada urus setia melalui MyGRANTS. Walau bagaimanapun, penilaian dalaman bagi penghantaran ini tidak perlu dilaksanakan. Penghantaran proposal melalui MyGRANTS adalah untuk tujuan rekod permohonan daripada penyelidik Malaysia dan akan menjadi rujukan bagi pemantauan prestasi dan kewangan (sekiranya projek diluluskan); dan
4.5.    Dokumen rujukan bagi permohonan ini boleh dilayari melalui pautan https://mrc.ukri.org/funding/browse/uk-malaysia/joint-partnership-on-non-communicable-diseases/.

5. Berikut merupakan proses dan jadual kerja di peringkat Universiti untuk makluman dan perhatian Prof/Dr/Tuan/Puan:
5.1. Penyelidik memohon di sistem Je-S terlebih dahulu sehingga 29 Mei 2019
5.2  MyGrants akan dibuka pada 30 Mei selepas penutupan sistem Je-S
image.png