General
1. Â Where is RMC situated?
We are situated at Block F54, School of Graduate Studies, UTM Johor Bahru.
2. Â Operating hours
Sunday to Wednesday | 8.00 A.M – 5.00 P.M |
Thursday | 8.00 A.m – 3.30 P.M |
Weekend & Public Holidays | Closed |
Finance Section
1. Â Bagaimanakah pembelian dibawah RM5,000.00 boleh dibuat?
Pembelian dibawah RM 5,000.00 boleh dibuat melalui
- Belian melalui inbois (daripada syarikat berdaftar dengan UTM) atau;
- Menggunakan duit sendiri dan membuat tuntutan ke RMC
- TIDAK memerlukan Quotation dan TIADA Pesanan Tempatan dikeluarkan.
Jika pembelian melalui inbois
- Borang Permohonan Bayaran (UTM/RMC/F/0163)
- Nota Penghantaran (Delivery Order)
- Inbois kepada Unit Bayaran RMC.
- Salinan Jadual Agihan V-Series Proposal Pembelian/Jadual C Research Agreement.
- Penyata Kewangan Penyelidikan Terkini (disahkan oleh Ketua Projek bagi projek Fast Lane dan GUP)
- Borang Daftar Harta/Inventori (jika melibatkan pembelian asset/inventori)
- Borang penyelenggaraan (jika melibatkan pembaikan aset)
Jika pembelian menggunakan wang sendiri
Dokumen tambahan:
Borang Hr Fin e-form no 26 (Bayaran Balik Wang).
2. Â Apakah yang membolehkan suatu peralatan boleh dibeli?
Peralatan tersebut hendaklah ada dalam senarai agihan V-series dan dalam proposal
3. Â Bolehkan saya membeli alatan yang tiada tersenarai dalam proposal?
Boleh, tertakluk kepada KELULUSAN dari Pengarah RMC SEBELUM pembelian dibuat.
4. Â Bagaimanakah permohonan pembelian melebihi RM5,001.00 boleh dibuat?
Permohonan pembelian RM 5,001.00 hingga RM 20,000.00 boleh dibuat perolehan secara pembelian terus.
5. Â Apakah dokumen yang perlu disediakan?
- Borang Permohonan Perolehan (UTM/RMC/F/0164)
- Salinan permohonan melalui sistem HrFin untuk dapatkan nombor permohonan pembelian (MJPBPxxx)
- Sekurang-kurangnya 2 Quotation Asal dari Syarikat yang berdaftar dengan UTM (disahkan oleh Syarikat dan KP)
- Salinan Jadual Agihan V-Series Proposal Pembelian/Jadual C Research Agreement.
- Penyata Kewangan Penyelidikan Terkini (disahkan oleh Ketua Projek bagi projek Fast Lane dan GUP)
6. Â Berapakah tempoh masa Pesanan Tempatan dapat disiapkan untuk Pembelian Terus?
Pesanan Tempatan akan disiapkan dalam tempoh masa 14 hari bekerja.
7. Â Apakah dokumen yang diperlukan untuk menghantar permohonan tuntutan?Â
Dokumen disediakan mengikut jenis permohonan bayaran.
Project Manegement & Monitoring Section
PELANTIKAN MODAL INSAN GERAN PENYELIDIKAN
PERMOHONAN PELANTIKAN RA/SLPP GRA/SLPP SRA
1. Berapakah tempoh lantikan minima dan maksima yang dibenarkan?
- Tempoh minima: 1 Bulan
- Tempoh Maksima: 11 Bulan
2. Â Apakah kategori yang diuruskan oleh Unit Lantikan?
- Terdapat Lantikan RA (Research Assistant), SLPP SRA (Student Research Assistant), SLPP GRA (Graduate Research Assistant).
- RA (Research Assistant): Calon Bukan Pelajar.
- Lantikan SLPP SRA:Â Ijazah Sarjana Muda, MSc/Phd (hanya bagi Pelajar Mod Campuran (Mixed mode) )
- Lantikan SLPP GRA : MSc/ PhD (Penyelidikan penuh, Full Research)
3. Â Bagaimana calon lantikan menerima bayaran/elaun?
- RA/SLPP GRA : Bayaran terus dikreditkan ke akaun lantikan mengikut tarikh gaji UTM
- SLPP SRA: Dibayar elaun secara tuntutan bayaran bulanan di UTMFin dan di RADIS.
4. Â Apakah yang boleh menyebabkan elaun/ bayaran gaji tidak dibayar?
- Pelantikan tidak dibuat oleh Ketua projek/ bulan lantikan tidak diperbaharui oleh ketua projek.
- Tuntutan SLPP SRA tidak dibuat Oleh Ketua Projek melalui UTMFin dan RADIS
- Telah melepasi tempoh/ due date proses pembayaran gaji Bendahari UTM pada bulan semasa
- Tiada tindakan susulan selepas permohonan dipulangkan semula kepada Ketua Projek untuk pembetulan.
5. Â Adakah pelajar yang sedang menangguhkan pengajian boleh dilantik sebagai SLPP SRA/SLPP GRA/ RA?
Tidak Boleh. Antara syarat lantikan adalah pelajar perlu aktif dalam semester semasa.
6. Bolehkah calon lantikan dibayar menggunakan 2 geran di dalam satu masa?
Pelajar/ lantikan tidak boleh menerima 2 bayaran didalam satu masa.
7. Bagaimana cara untuk mengemaskinni No Akaun pelajar bagi calon lantikan GRA/SRA?
SLPP GRA/ SRA Boleh terus emelkan ke Unit Kewangan Pelajar (Bendahari UTM) melalui bendahari-ukp@utm.my/ 07-5530235/0152
8. Bilakan masa yang sesuai untuk penyambungan lantikan?/Membuat pelantikan semula?
Penyambungan boleh dibuat sebulan sebelum tempoh lantikan tamat.
9. Bilakah permohonan lantikan RA/GRA/SRA boleh dihantar?
Ketua Projek atau pemohon perlu menghantar permohonan lantikan melalui RADIS selewat-lewatnya sebulan sebelum tarikh lantikan dibuat.
10. Bagaimana untuk mendapatkan surat tawaran, Borang Akuan Penerimaan Jawatan dan Borang Aku Janji setelah kelulusan diterima melalui RADIS?
- Ketua projek boleh muat turun borang -borang ini melalui RADIS.
- Borang perlu disahkan dan ditandatangan oleh calon & Ketua Projek
- Hantar semula melalui emel ke unitlantikanrmc@utm.my
11. Kenapa permohonan saya ditolak?
- Dokumen tidak lengkap
- Tidak memenuhi syarat kelayakan perlantikan (bergantung kepada kriteria)
- Baki peruntukan V11000 dan keseluruhan tidak mencukupi
- Projek telah tamat tempoh
PERMOHONAN PELANTIKAN RO/ARO/RA/GRA/SRA
1. Jika permohonan saya tidak diluluskan, apakah yang perlu saya lakukan?
Rujuk kepada sebab permohonan tidak diluluskan. Jika :
- Baki tidak mencukupi / Projek tamat tempoh? – Pemohon perlu mengemukakan permohonan baru dengan menggunakan vot projek lain yang masih aktif & mempunyai baki yg mencukupi.
- Baki V11000 tidak mencukupi – Ketua Projek hendaklah membuat pindaan V siri dan hantar semula permohonan baru.
2. Bgaimana jika saya ingin menghubungi staf unit lantikan RMC?
- Ext Pegawai Tadbir Lantikan : Mengikut Research Manager
- Hubungi melalui emel: unitlantikanrmc@utm.my
3. Bolehkan pelantikan dibuat jika Projek Penyelidikan telah tamat tetapi masih ada baki peruntukan yang belum habis digunakan? Bolehkah lantikan backdated dilakukan?
Vot projek yg telah tamat TIDAK BOLEH digunakan utk membuat sebarang permohonan lantikan. Lantikan backdated hanya dibenarkan sebulan sebelum bulan semasa sahaja.
AKTIVITI PENYELIDIKAN
PERMOHONAN MENJALANKAN AKTIVITI PENYELIDIKAN DALAM & LUAR NEGARA
1. Apakah jenis aktiviti yang perlu mendapatkan kelulusan?
- Menghadiri
- -Mesyuarat
- -Latihan/Kursus/Bengkel
- -Pengumpulan Data/Lawatan Tapak
- -Persidangan/Seminar
- -Jaringan Kolaborasi
- Mengadakan/ Menganjurkan
- -Mesyuarat
- -Latihan/Kursus/Bengkel
- -Pengumpulan Data/Lawatan Tapak
- -Persidangan/Seminar
2. Bagaimana cara untuk memohon menghadiri aktiviti di luar negara?
- Staf UTM : Permohonan boleh diisi melalui sistem hrfin https://hrfin.utm.my/smuhr/
- Bukan Staf UTM : Permohonan hendaklah di buat di sistem RADIS https://radis.utm.my/
- Pelajar : Permohonan hendaklah di buat dengan mengisi borang
- UTM/RMC/F0097/(2009) Activity Application Form for Attending Conference / Meeting
- Training / Workshop/ Visiting / Field Work & Discussion Using Research Grant
- Borang knhep
- Borang maklumat peribadi pelajar
- Kertas kerja ringkas
Professor Pelawat: Permohonan hendaklah di buat dengan mengisi borang UTM/TNCPI/Borang TPA/2012/Pindaan: 1 [A] Visiting Academic Staff / [B] Visiting Researcher (Publication) Application Form
3. Dimanakah borang permohonan dan lain-lain maklumat berkaitan permohonan aktiviti boleh didapati?
Laman web https://rmc.utm.my/
4. Bagaimanakah pegawai boleh dihubungi untuk mendapatkan maklumat khidmat pelanggan?
Sila berhubung dengan :
- Penolong Pegawai Tadbir (Unit Aktiviti) No telefon: 011-55010394
- Pembantu Tadbir (Unit Aktiviti) No telefon: 012-4995790
- Emel (Unit Aktiviti) unitaktivitirmc@utm.my
PERMOHONAN MENJALANKAN AKTIVITI PENYELIDIKANÂ
1. Bagaimana cara untuk memohon aktiviti penyelidikan?
- Aktiviti yang kurang dari RM10,000
-Permohonan hendaklah di buat di https://radis.utm.my
–tab activity
- Aktiviti yang melebihi RM 10,000
Permohonan hendaklah dimajukan dengan mengemukakan kertas kerja dan dokumen lengkap, di hantar ke RMC untuk mendapatkan sokongan pengarah RMC sebelum dimajukan untuk kelulusan TNCPI.
PEMANTAUAN PROJEK PENYELIDIKAN
LAPORAN PERKEMBANGAN
1. Adakah semua projek penyelidikan perlu menghantar laporan perkembangan melalui RADIS?
Semua projek penyelidikan yang mempunyai agihan peruntukan ke dalam vot projek perlu menghantar laporan perkembangan.
BENGKEL PEMANTAUAN
1. Apakah kriteria projek penyelidikan yang akan dipanggil untuk membentangkan perkembangan melaui bengkel pemantauan?
- Projek yang mempunyai masalah perkembangan dan perbelanjaan.
- Projek berbentuk program yang memohon pelanjutan tempoh
- Pembentangan projek bagi melihat perkembangan.
- Berdasarkan maklumbalas dari penaja
LAPORAN AKHIR
1. Adakah semua projek penyelidikan perlu menghantar laporan akhir melalui RADIS?
Semua projek penyelidikan yang mempunyai agihan peruntukan ke dalam vot projek perlu menghantar laporan akhir.
PEMANTAUAN PROJEK
1. Bagaimanakah pegawai boleh dihubungi untuk mendapatkan maklumat khidmat pelanggan?
Sila berhubung dengan :
- Pegawai Pemantauan – No telefon: 019-7540079
- Penolong Pegawai Tadbir (Unit Pemantauan) – No telefon: 019-7070760
- Emel (Unit Pemantauan) unitpemantauanrmc@utm.my
PERLANJUTAN TEMPOH
1. Berapakah tempoh minimum dan maksimum bagi permohonan lanjut tempoh?
Geran UTM
Minimum 1 bulan dan maksimum 6 bulan (tertakluk kepada kelulusan daripada pihak RMC)
Geran Luar
Tertakluk kepada kelulusan daripada pihak penaja.
2. Apakah dokumen yang perlu dilampirkan dalam permohonan lanjut tempoh?
Geran UTM
Permohonan kali pertama : Tiada
Permohonan kali kedua : Surat / email kelulusan daripada Pengarah RMC
Geran KPT / MOSTI
- Surat justifikasi
- Milestone asal
- Milestone baharu
Geran Luar
Surat kelulusan lanjut tempoh daripada pihak penaja
3. Berapa lamakah tempoh yang diambil bagi kelulusan permohonan lanjut tempoh?
Geran UTM
Maksimum 5 hari
Geran KPT / MOSTI
Maksimum 3 bulan
Geran Luar
Tertakluk kepada pihak penaja
4. Bagaimana untuk membuat permohonan lanjut tempoh?
- Permohonan lanjut tempoh bagi semua jenis geran perlu dibuat dalam sistem RADIS.
- Bagi geran KPT, permohonan yang sama perlu dibuat dalam sistem MyGrants
REKOD & PROPOSAL PENYELIDIKAN
PENDAFTARAN GERAN INDUSTRI
1. Saya mendapat dana penyelidikan dari industri. Apakah Type of Grant yang sesuai untuk didaftarkan di RADIS?
Pilih Type of Grant: Contract Research semasa membuat pendaftaran di RADIS
PENDAFTARAN GERAN KONTRAK DTD
1. Saya mendapat dana penyelidikan dari industri yang berminat untuk mendapatkan kelebihan pengecualian cukai dua kali ganda (Double Tax Deduction). Apakah Type of Grant yang sesuai untuk didaftarkan di RADIS?
Pilih Type of Grant: Contract Research – DTD semasa membuat pendaftaran di RADIS
PENDAFTARAN GERAN ANTARABANGSA/IPT/AGENSI KERAJAAN/BADAN BERKANUN
1. Saya mendapat dana penyelidikan dari penaja berstatus Antarabangsa/IPT/Agensi Kerajaan/Badan Berkanun. Apakah Type of Grant yang sesuai untuk didaftarkan di RADIS?
Pilih Type of Grant: Others semasa membuat pendaftaran di RADIS
PENDAFTARAN GERAN LUAR YANG MEMERLUKAN GERAN PADANAN UTM (MATCHING GRANT)
1. Saya mendapat dana penyelidikan dari luar yang memerlukan Geran Padanan UTM (Matching Grant). Apakah Type of Grant yang sesuai untuk didaftarkan di RADIS?
Pilih Type of Grant: Others-MG semasa membuat pendaftaran di RADIS
PENDAFTARAN GERAN INDUSTRI YANG MEMERLUKAN GERAN PADANAN UTM (MATCHING GRANT)
1. Saya mendapat dana penyelidikan dari industri yang memerlukan Geran Padanan UTM (Matching Grant). Apakah Type of Grant yang sesuai untuk didaftarkan di RADIS?
Pilih Type of Grant: CR-MG Â semasa membuat pendaftaran di RADIS
PERMOHONAN GERAN KONTRAK DTD
1. Bagaimanakah cara untuk mendapatkan kelulusan Geran Kontrak DTD?
Sila emel kan proposal geran dan Letter of Award kepada Unit Marketing & Visibility (UMV), JTNCPI di dtdutm@utm.my
2. Berapakah caj perkhidmatan UTM yang dikenakan kepada Geran Kontrak DTD?
Caj perkhidmatan UTM akan dikenakan sebanyak 5% daripada peruntukan projek.
3. Berapakah caj perkhidmatan UTM yang dikenakan kepada Geran Kontrak DTD berstatus syarikat spin-off UTM?
Caj perkhidmatan UTM akan dikenakan sebanyak 5% daripada peruntukan projek. Tambahan caj sebanyak 5% akan dikenakan untuk syarikat spin-off.
PENDAFTARAN GERAN CONTRACT RESEARCH DAN OTHERS
1. Berapakah caj perkhidmatan UTM yang dikenakan kepada Geran Contract Research dan Others yang memberi honorarium kepada penyelidik UTM?
Caj perkhidmatan UTM akan dikenakan sebanyak 25% daripada jumlah honorarium kepada penyelidik UTM.
2. Berapakah caj perkhidmatan UTM yang dikenakan kepada Geran Contract Research dan Others yang tidak memberi honorarium kepada penyelidik UTM?
Caj perkhidmatan UTM akan dikenakan mengikut jumlah peruntukan seperti berikut:
i | <RM 10,000.00 | Tidak perlu sumbangan |
ii | RM 10,000.00 – RM 14,999.00 | RM 500.00 |
iii | RM 15,000.00 – RM 99,999.00 | RM 1,000.00 |
iv | RM 100,000.00 – RM 199,999.00 | RM 2,000.00 |
v | RM 200,000.00 dan ke atas | RM 3,000.00 |
KEMASUKAN DANA GERAN LUAR
1. Penaja telah memasukkan dana ke akaun Bendahari UTM. Bagaimana saya hendak majukan bukti pembayaran tersebut?
Emel kan bukti pembayaran kepada Seksyen Kewangan RMC
PERMOHONAN GERAN PADANAN UTM
1. Apakah syarat permohonan Geran Padanan UTM?
- Penaja perlu menyatakan keperluan Geran Padanan di dalam Letter of Award
- Penyelidik boleh memohon geran Padanan UTM sekali sahaja untuk setiap geran luar yang diperolehi
2. Bagaimanakah caranya untuk menghubungi RMC sekiranya terdapat persoalan mengenai pendaftaran geran penyelidikan?
- Email: unitrekodproposalrmc@utm.my
- Call/WhatsApp: 017-7981411
STRATEGY DAN CORPORATE SECTION
PERMOHONAN GERAN ANTARABANGSA
1. Bagaimana saya ingin mengetahui pembukaan geran antarabangsa?
Pemohon boleh merujuk maklumat dan kalender lengkap geran antarabangsa di rmc.utm.my
2. Bagaimana cara untuk memohon surat sokongan dan pengesahan dari pihak RMC?
- Pemohon boleh mengemukakan kertas kerja permohonan yang lengkap ke unit Unit Korporat, Hubungan Luar dan Impak Penyelidikan dengan majukan emel kepada international scouting.rmc@utm.my
- Permohonan akan disemak dan dimajukan kepada Pengarah RMC.
- Permohonan yang telah disokong akan diemel semula kepada pemohon dalam tempoh 2-3 hari bekerja.
PERMOHONAN GERAN PADANAN BAGI GERAN ANTARABANGSA
1. Adakah pihak UTM akan menyediakan geran padanan kepada penyelidik bagi permohonan geran antarabangsa?
- Ya
- Pemohon perlu mengemukakan kertas kerja permohonan (proposal) yang lengkap kepada Unit Korporat, Hubungan Luar dan Impak Penyelidikan.
- Proposal permohonan akan dinilai oleh dua orang panel di UTM
- Keputusan penilaian akan dibentang ke dalam Mesyuarat JKPGP dan keputusan kelulusan akan diputuskan oleh ahli mesyuarat.
- 5. Pembukaan geran padanan
2. Berapakah jumlah maksimum kelulusan peruntukan geran padanan bagi geran antarabangsa?
Jumlah kelulusan adalah ditentukan oleh hasil mesyuarat JKPGP bagi peruntukan yang diluluskan bergantung kepada penilaian proposal serta kedudukan kewangan universiti.
PENGURUSAN GERAN ANTARABANGSA
1. Pengurusan projek penyelidikan geran antarabangsa (Aktiviti, Lantikan, Laporan)
- Semua urusan pengurusan geran iaitu bermula pendaftaran geran sehingga ke pegesahan Laporan Akhir adalah dibawah tanggungjawab Seksyen Pengurusan & Pemantauan Projek
- Unit Korporat, Hubungan Luar dan Impak Penyelidikan hanya menyampaikan maklumat pembukaan geran sahaja kepada penyelidik serta menganjurkan bengkel penulisan proposal dengan menjemput penyelidik lain yang pernah mendapat geran tersebut untuk tujuan sesi coaching.
CAJ PEMPROSESAN ARTIKEL (APC)
1. Apakah jenis penerbitan yang layak memohon tuntutan Caj Pemprosesan Artikel?
- Artikel jurnal yang diindeks dalam WOS/SCOPUS/ERA layak memohon.
- Tuntutan hanya boleh dibuat sekali setiap artikel.
2. Adakah terbitan artikel perlu mempunyai Affiliation ‘Universiti Teknologi Malaysia’?
Ya, permohonan akan ditolak jika tiada Affiliation ‘Universiti Teknologi Malaysia’ dalam artikel tersebut.
3. Berapakah kadar had bayaran yang telah ditetapkan?
WOS – Quartile 1 – RM5,000
WOS – Quartile 2 – RM5,000
WOS – Quartile 3 – RM2,000
WOS – Quartile 4 – RM2,000
WOS – No Quartile – RM2,000
SCOPUS – RM2,000
ERA – RM2,000
4. Apakah cara pembayaran APC?
Pembayaran Caj Pemprosesan Artikel (APC) adalah melalui proses pembayaran balik
- Invois tidak boleh digunakan kerana pembayaran dibuat berdasarkan had pembayaran yang ditetapkan.
- Semua pembayaran adalah melalui proses pembayaran balik di mana pemohon perlu membayar terlebih dahulu caj pemprosesan dan kemudian membayar balik menggunakan dana penyelidikan di bawah sodo B29000.
- Sila pastikan Yuran Penerbitan terdapat di dalam proposal asal (diluluskan oleh penaja) dan mempunyai dana yang mencukupi dalam B29000.
- Sila rujuk edisi terkini Journal Citation Reports (JCR) yang diterbitkan oleh Clarivate Analytics. Kedudukan quartile yang digunakan untuk tuntutan ini ialah kedudukan Faktor Impak JCR. Sila pilih kedudukan tertinggi dalam kategori JCR jurnal.
5. Siapakah yang layak menuntut APC?
Nama pemohon hendaklah disenaraikan dalam senarai penulis.
6. Apakah dokumen sokongan yang perlu disediakan?
- Abstrak/Artikel penuh
- Bukti Pengindeksan Artikel atau Jurnal dalam WOS/SCOPUS/ERA
- Surat penerimaan artikel dari penerbit
- Resit/Bil
7. Berapa lama tempoh tuntutan yang perlu dituntut?
Tuntutan mesti dibuat dalam tempoh 3 bulan selepas pembayaran APC dibuat
8. Dimanakah saya boleh dapatkan garis panduan APC?
Boleh dapatkan di laman web RMC https://rmc.utm.my/ –> Forms & Guidelines –> RU Secretariat –>Â Guidelines and Requirements For Article Processing Charge (APC) Claim 2021
PERMOHONAN DATA MyRA DAN GERAN PENYELIDIKAN
1. Bagaimana untuk mendapatkan data berkaitan geran penyelidikan?
Permohonan boleh dibuat melalui : https://researchsupport.utm.my/
Sila pilih Help Topic >> RMC UTM / Data MyRA dan Geran Penyelidikan
2. Apakah skop data yang boleh disediakan?
Data yang melibatkan geran penyelidikan sahaja. Bagi data MyRA terhad kepada data yang telah diaudit dan untuk kegunaan dalaman sahaja.
3. Adakah format tertentu semasa memohon?
Pemohon perlu memberi perincian keperluan data dan format yang diperlukan.
4. Berapakah tempoh bagi penyediaan data?
Data akan disediakan dalam tempoh 2 hingga 5 hari bekerja mengikut kapasiti data dan format yang diperlukan.
5. Dimanakah sumber lain bagi mendapatkan data secara keseluruhan?
Permohonan data boleh dibuat secara online di https://registrar.utm.my/mohondata melalui Pusat Pengurusan Data Universiti, Jabatan Pendaftar.
MyRA
1. Apa itu MyRA?
- MyRA adalah singkatan untuk Malaysia Research Assessment (MyRA). MyRA digunakan untuk memantau prestasi dan menilai keupayaan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam penyelidikan.
- MyRA adalah instrumen yang dibangunkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi bagi membolehkan IPT mengukur input, output, outcome dan impak Pembangunan, Penyelidikan, Pengkomersilan & Inovasi (RDCI).
- Instrumen MyRA ada tiga (3) komponen utama iaitu: Kriteria, Penanda Aras dan Skor
- Instrumen MyRA terbahagi kepada dua (2) penilaian iaitu MyRA I (menentukan Penarafan Bintang MyRA dan digunapakai untuk semua IPT) & MyRA II (digunapakai untuk Universiti Penyelidikan sahaja)
- Penilaian setiap Kriteria dibuat dengan merujuk kepada Glosari yang disediakan oleh KPT. Terdapat dua (2) jenis Glosari yang digunapakai iaitu: Glosari MyRA I (Pindaan 2018) & Glosari MyRA II (Pindaan 2018)
2. Bagaimana MyRA menilai prestasi dan pencapaian Institusi dalam penyelidikan?
- Penilaian MyRA dibuat mengikut Seksyen. Terdapat lapan (8) Seksyen MyRA iaitu: Seksyen B – Kuantiti & Kualiti Penyelidik (MyRA I = 22 markah; MyRA II = 13 markah), Seksyen C – Kuantiti & Kualiti Penyelidikan (MyRA I = 30 markah; MyRA II = 35 markah), Seksyen D – Kuantiti & Kualiti Pasca Siswazah (MyRA I = 15 markah; MyRA II = 10 markah), Seksyen E – Inovasi (MyRA I = 10 markah; MyRA II = 15 markah), Seksyen F – Khidmat Profesional dan Hadiah (MyRA I = 7 markah; MyRA II = 10 markah), Seksyen G – Jaringan & Jangkauan (MyRA I = 13 markah; MyRA II = 14 markah) dan Seksyen H – Kemudahan Sokongan (MyRA I & MyRA II = 3 markah).
- Setiap Seksyen mempunyai Kriteria, KPI, Penanda Aras dan Skor masing-masing.
3. Bagaimana untuk dapatkan salinan digital Glosari MyRA terkini?
- Kebiasaannya Glosari MyRA akan dipinda setiap 3 tahun. Buat masa ini Glosari terkini yang digunapakai adalah Glosari MyRA I & II (Pindaan 2018).
- Glosari boleh dimuat turun melalui laman web RMC UTM (https://rmc.utm.my/). Kemudian klik pada Forms & Guidelines > RU Secretariat > Glosari MyRA I (Pindaan 2018) atau Glosari MyRA II (Pindaan 2018)
4. Dimana boleh saya lihat pencapaian prestasi Fakulti?
- Pihak RMC telah menyediakan dashboard UTMInsight@MyRA bagi membolehkan Fakulti melihat pencapaian prestasi Fakulti dan trend pencapaian mengikut tahun.
- Buat masa ini akses hanya diberikan kepada Timbalan Dekan (Penyelidikan & Inovasi), Pengurus Penyelidikan Fakulti dan Knowledge Management Officer Fakulti.
- Dashboard boleh diakses melalui: https://rdcidashboard.utm.my/login
5. Bagaimana untuk mendapatkan data MyRA?
Permohonan boleh dibuat melalui : https://researchsupport.utm.my/
6. Apakah kesan jika pencapaian MyRA UTM rendah?
- UTM perlu mencapai sekurang-kurangnya 100 markah dalam MyRA I & 75 markah dalam MyRA II untuk mengekalkan status sebagai Universiti Penyelidikan.
- Pencapaian MyRA juga turut mempengaruhi dalam Agihan Dana Universiti Penyelidikan.
MyMoheS
1. Apa itu MyMoheS?
MyMoheS merupakan satu sistem yang digunakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam mengumpul data dari semua IPTA berkaitan Staf, R&D, Pelajar dan Maklumat Institusi serta disimpan dalam satu gudang data
2. Apa punca kuasa pelaksanaan MyMoheS?
Pekeliling Pentadbiran Bilangan 2 Tahun 2009 Kementerian Pengajian Tinggi dan Pekeliling Pengurusan Data Kementerian Pendidikan Tinggi Bilangan 1 Tahun 2016 telah memberikan garis panduan dan arahan kepada IPTA untuk melaksanakan dan menyediakan data bagi sistem ini
 3. Apa objektif pelaksanaan MyMoheS?
Bagi memudahkan pihak KPT membuat capaian data setempat berhubung data IPTA dan memudahkan pelaporan kepada Menteri serta pihak berkepentingan lain tanpa perlu kerap mendapatkan data dari setiap IPTA
4. Berapa Modul dan format data MyMoheS?
Terdapat 4 modul utama bagi MyMohes iaitu:
- Modul 1: Pelajar – 23 format data
- Modul 2: Staf – 19 format data
- Modul 3: Penyelidikan, Perundingan dan Komersialisasi (R,D & C) – 29 format data
- Modul 4: Institusi – 37 format data
RUJUKAN UTAMAN PENYEDIAAN DATA MyMoheS MODUL (R,D&C)
1. Berapa rujukan utama penyediaan data?
Sebanyak Dua (2) dokumen rujukan utama di dalam penyediaan format data MyMoheS iaitu :
- Format Data Penyelidikan Dan Perundingan (No. Dokumen: KPT_CD_002)
- Kod Rujukan Penyelidikan, Perundingan Dan Pengkomersilan (No. Dokumen: KPT_SL_002)
FORMAT RD1: DATA PENYELIDIKAN
1. Berapa medan maklumat yang perlu dihantar?
Sebanyak Tujuh Belas (17) medan data yang perlu dilengkapkan sebelum dihantar ke MyMoheS melalui sistem e-Anjung
2. Bagaimana jika tajuk penyelidikan berbahasa Arab?
MyMoheS membolehkan pihak IPT untuk memuatnaik tajuk penyelidikan di dalam tulisan Arab / Jawi
FORMAT RD1: DATA PENYELIDIKAN (BERUBAH)
1. Apakah yang dimaksudkan dengan data tarikh penyelidikan berubah?
Perubahan data tarikh penyelidikan ini adalah bergantung kepada sebarang perubahan pada :
- Tarikh mengemukakan laporan akhir bagi penyelidikan telah tamat
- Tarikh akhir penyelidikan
- Tarikh Jangka jika penyelidikan masih berjalan
- Tarikh bertukar status Projek Sakit, Projek Bermasalah, Projek Ditangguhkan
2. Apakah yang dimaksudkan dengan data status penyelidikan berubah?
Lapan (8) status penyelidikan yang diambilkira didalam MyMoheS iaitu:
- Selesai – Laporan akhir telah disempurnakan dan memenuhi keperluan agensi penaja dan lebihan dana masih belum dikembalikan
- Sedang Berjalan
- Ditangguhkan
- Bermasalah – Dari aspek Penyelidikan. Contoh: Tidak mencapai Objektif (Universiti akan alert untuk menangani masalah).
- Diberhentikan/Ditamatkan – Tidak Diteruskan / Dibatalkan
- Projek Sakit – Contoh: Over Budget, Masalah Kesihatan Penyelidik, Fizikal, Peralatan
- Selesai (tamat tempoh belum hantar laporan)
- Selesai (Tutup Projek) – Projek telah selesai dan lebihan dana telah dikembalikan kepada agensi penaja
FORMAT RD1-1: DATA PENYELIDIKAN DALAMAN
1. Berapa medan maklumat yang perlu dihantar?
Sebanyak Enam (6) medan data yang perlu dilengkapkan sebelum dihantar ke MyMoheS melalui sistem e-Anjung
2. Apakah yang dimaksudkan sebagai penyelidik dalaman?
Maklumat penyelidik /pelajar yang bertugas/belajar di universiti yang menerima pembiayaan penyelidikan bagi projek penyelidikan tersebut
FORMAT RD1-2: DATA PENYELIDIKAN LUARAN
1. Berapa medan maklumat yang perlu dihantar?
Sebanyak Sembilan (9) medan data yang perlu dilengkapkan sebelum dihantar ke MyMoheS melalui sistem e-Anjung.
2. Apakah yang dimaksudkan sebagai penyelidik luaran?
Maklumat penyelidik (daripada luar universiti) yang menjalankan penyelidikan Bersama penyelidik di universiti yang menerima pembiayaan penyelidikan bagi projek penyelidikan tersebut
FORMAT RD2: DATA PENERBITAN – BUKU DAN BAB DALAM BUKU
1. Berapa medan maklumat yang perlu dihantar?
Sebanyak Empat Belas (14) medan data yang perlu dilengkapkan sebelum dihantar ke MyMoheS melalui sistem e-Anjung
2. Bagaimana jika tajuk penerbitan berbahasa Arab?
MyMoheS membolehkan pihak IPT untuk memuatnaik tajuk penerbitan di dalam tulisan Arab / Jawi
FORMAT RD2-1: DATA NAMA PENULIS BUKU DAN BAB DALAM BUKU
1. Berapa medan maklumat yang perlu dihantar?
Sebanyak Sembilan (9) medan data yang perlu dilengkapkan sebelum dihantar ke MyMoheS melalui sistem e-Anjung
2. Bagaimana jika nama bab berbahasa Arab?
MyMoheS membolehkan pihak IPT untuk memuatnaik tajuk penerbitan di dalam tulisan Arab / Jawi
FORMAT RD3: DATA PENERBITAN – ARTIKEL DALAM JURNAL
1. Berapa medan maklumat yang perlu dihantar?
Sebanyak Lapan Belas (18) medan data yang perlu dilengkapkan sebelum dihantar ke MyMoheS melalui sistem e-Anjung
2. Adakah nombor ISBN digital diambil kira?
MyMoheS mengambilkira semua bentuk nombor ISBN contoh E-ISBN
FORMAT RD3-1: DATA PENULIS ARTIKEL DALAM JURNAL
1. Berapa medan maklumat yang perlu dihantar?
Sebanyak Lima (5) medan data yang perlu dilengkapkan sebelum dihantar ke MyMoheS melalui sistem e-Anjung
2. Bagaimana jika bilangan penulis lebih dari seorang?
Medan Nama Penulis terhad kepada seorang penulis. Sekiranya bilangan penulis lebih daripada seorang, sila isikan maklumat pada baris yang baru
FORMAT RD4: DATA DALAM PROSIDING (SEMINAR/PERSIDANGAN/BENGKEL)
1. Berapa medan maklumat yang perlu dihantar?
Sebanyak Dua Puluh Dua (22) medan data yang perlu dilengkapkan sebelum dihantar ke MyMoheS melalui sistem e-Anjung
2. Apakah yang dimaksudkan penerbitan dalam prosiding?
Kertas kerja seminar dan sebagainya yang diterbitkan dalam bentuk prosiding sahaja yang perlu dikemukakan ke MyMoheS
FORMAT RD4-1: INDIVIDU TERLIBAT DALAM PROSIDING (SEMINAR/PERSIDANGAN/BENGKEL)
1. Berapa medan maklumat yang perlu dihantar?
Sebanyak Enam (6) medan data yang perlu dilengkapkan sebelum dihantar ke MyMoheS melalui sistem e-Anjung
FORMAT RD5: DATA PENERBITAN UMUM
1. Berapa medan maklumat yang perlu dihantar?
Sebanyak Empat Belas (14) medan data yang perlu dilengkapkan sebelum dihantar ke MyMoheS melalui sistem e-Anjung
2. Apakah yang dimaksudkan penerbitan umum?
Penerbitan Lain selain daripada buku, jurnal atau prosiding perlu dikemukakan ke MyMoheS
FORMAT RD5-1: INDIVIDU TERLIBAT PENERBITAN UMUM
1. Berapa medan maklumat yang perlu dihantar?
Sebanyak Empat Belas (14) medan data yang perlu dilengkapkan sebelum dihantar ke MyMoheS melalui sistem e-Anjung
FORMAT RD7: DATA PERBELANJAAN GERAN PENYELIDIKAN
1. Berapa medan maklumat yang perlu dihantar?
Sebanyak Empat (4) medan data yang perlu dilengkapkan sebelum dihantar ke MyMoheS melalui sistem e-Anjung
2. Apakah jumlah penerimaan dan perbelanjaan selain Ringgit diterima?
Hanya nilai Ringgit Malaysia sahaja yang perlu dikemukakan ke MyMoheS
FORMAT RD8: DATA PENGIKTIRAFAN (PENYERTAAN EKSPO/PAMERAN)
1. Berapa medan maklumat yang perlu dihantar?
Sebanyak dua belas (12) medan data yang perlu dilengkapkan sebelum dihantar ke MyMoheS melalui sistem e-Anjung
FORMAT RD8-1: INDIVIDU YANG MENDAPAT PENGIKTIRAFAN (PENYERTAAN EKSPO/PAMERAN)
1. Berapa medan maklumat yang perlu dihantar?
Sebanyak empat (4) medan data yang perlu dilengkapkan sebelum dihantar ke MyMoheS melalui sistem e-Anjung
2. Bagaimana jika bilangan penerima lebih dari seorang?
Medan Nama Penerima terhad kepada seorang penerima. Sekiranya bilangan penerima lebih daripada seorang, sila isikan maklumat pada baris yang baru
FORMAT RD9: DATA HARTA INTELEK
1. Berapa medan maklumat yang perlu dihantar?
Sebanyak dua belas (12) medan data yang perlu dilengkapkan sebelum dihantar ke MyMoheS melalui sistem e-Anjung
FORMAT RD9A: DATA HARTA INTELEK (BERUBAH)
1. Berapa medan maklumat yang perlu dihantar?
Sebanyak sebelas (11) medan data yang perlu dilengkapkan sebelum dihantar ke MyMoheS melalui sistem e-Anjung
FORMAT RD9-1: DATA NAMA PEMILIK HARTA INTELEK
1. Berapa medan maklumat yang perlu dihantar?
Sebanyak Tujuh (7) medan data yang perlu dilengkapkan sebelum dihantar ke MyMoheS melalui sistem e-Anjung
2. Berapa kategori pemilik harta intelek?
Pemilik boleh terdiri daripada nama individu, institusi atau syarikat yang lengkap sebelum dihantar ke MyMoheS melalui sistem e-Anjung
FORMAT RD10: DATA KOMERSILAN
1. Berapa medan maklumat yang perlu dihantar?
Sebanyak Tujuh Belas (17) medan data yang perlu dilengkapkan sebelum dihantar ke MyMoheS melalui sistem e-Anjung
2. Adakah dibenarkan data satu produk dikomersilkan banyak syarikat?
MyMoheS membenarkan satu produk dikomersilkan oleh banyak syarikat
FORMAT RD10A: DATA KOMERSILAN (BERUBAH)
1. Berapa medan maklumat yang perlu dihantar?
Sebanyak Sembilan (9) medan data yang perlu dilengkapkan sebelum dihantar ke MyMoheS melalui sistem e-Anjung
FORMAT RD11: DATA PERUNDINGAN
1. Berapa medan maklumat yang perlu dihantar?
Sebanyak Sebelas (11) medan data yang perlu dilengkapkan sebelum dihantar ke MyMoheS melalui sistem e-Anjung
FORMAT RD11A: DATA PERUNDINGAN (BERUBAH)
1. Berapa medan maklumat yang perlu dihantar?
Sebanyak Tiga (3) medan data yang perlu dilengkapkan sebelum dihantar ke MyMoheS melalui sistem e-Anjung
FORMAT RD11-1: DATA PERUNDINGANÂ
1. Berapa medan maklumat yang perlu dihantar?
Sebanyak Enam (6) medan data yang perlu dilengkapkan sebelum dihantar ke MyMoheS melalui sistem e-Anjung
FORMAT RD13: DATA PENERBITAN – ARTIKEL DALAM JURNAL
1. Berapa medan maklumat yang perlu dihantar?
Sebanyak Empat Belas (14) medan data yang perlu dilengkapkan sebelum dihantar ke MyMoheS melalui sistem e-Anjung
2. Berapakah jumlah sitasi yang diambilkira?
Jumlah sitasi yang diterima adalah dalam tempoh 5 tahun terakhir bagi SEMUA PENERBITAN yang telah dihasilkan institusi sehingga tahun dinilai. Bagi jurnal yang tersenarai dalam ERA, pengiraan sitasi melalui Google Scholar boleh digunakan
FORMAT RD14: DATA POLICY PAPERS
1. Berapa medan maklumat yang perlu dihantar?
Sebanyak Lima (5) medan data yang perlu dilengkapkan sebelum dihantar ke MyMoheS melalui sistem e-Anjung
2. Apakah yang dimaksudkan policy papers?
Kertas dasar yang telah dibentangkan kepada Jawatankuasa Teknikal / Pemandu dan diterima oleh stakeholder sama ada agensi kerajaan atau swasta (selain institusi yang dinilai)
FORMAT RD14-1: INDIVIDU YANG TERLIBAT DALAM POLICY PAPERS
1. Berapa medan maklumat yang perlu dihantar?
Sebanyak Empat (4) medan data yang perlu dilengkapkan sebelum dihantar ke MyMoheS melalui sistem e-Anjung
FORMAT RD15: DATA TECHNOLOGY KNOW-HOW LICENSING
1. Berapa medan maklumat yang perlu dihantar?
Sebanyak Dua Belas (12) medan data yang perlu dilengkapkan sebelum dihantar ke MyMoheS melalui sistem e-Anjung
2. Apakah yang dimaksudkan know-how licensing?
Teknologi pengetahuan baharu yang telah dilesenkan. Ini termasuk maklumat milikan tertutup dalam bentuk harta intelek, ciptaan, formula, reka bentuk, lukisan, prosedur dan kaedah terkumpul kakitangan akademik dari institusi pemberi lesen yang boleh membantu pemegang lesen produk/proses
FORMAT RD15-1: DATA INDIVIDU YANG TELIBAT DALAM TECHNOLOGY KNOW-HOW LICENSING
1. Berapa medan maklumat yang perlu dihantar?
Sebanyak Empat (14) medan data yang perlu dilengkapkan sebelum dihantar ke MyMoheS melalui sistem e-Anjung
FORMAT RD16: GIFT
1. Berapa medan maklumat yang perlu dihantar?
Sebanyak Enam (6) medan data yang perlu dilengkapkan sebelum dihantar ke MyMoheS melalui sistem e-Anjung
2. Apakah yang dimaksudkan sebagai gift?
Jumlah nilai pemberian dari pihak luar kepada universiti termasuk dalam bentuk kewangan, peralatan, bahan-bahan penyelidikan dan kemudahan (infrastruktur dan perkhidmatan)
3. Apakah kategori /jumlah yang dikategori sebagai gift?
Jumlah nilai pemberian gift yang bernilai RM 3,000.00 dan ke atas pada tahun berkenaan dan bukan kumulatif untuk tujuan penyelidikan yang dikategorikan sebagai gift
Governance & FELLOWSHIP
PENGENALAN RESEARCH FELLOWSHIP SCHEME UTM
1. Apakah yang dimaksudkan dengan Research Fellowship Scheme UTM?
Research Fellowship Scheme adalah sebuah program yang dibangunkan untuk melantik graduan lepasan Doktor Falsafah bagi menjalankan aktiviti penyelidikan sepenuh dan separuh masa dalam bidang penyelidikan yang spesifik untuk mencapai kecemerlangan dalam penyelidikan dan inovasi seterusnya dapat menghasilkan penerbitan ilmiah.
Program ini juga dapat menjalinkan hubungan strategik dengan penyelidik yang dikenali di luar negara.
LANTIKAN DI BAWAH RESEARCH FELLOWSHIP SCHEME
1. Apakah kategori felo di bawah Research Fellowship Scheme?
Terdapat dua kategori felo di bawah program ini iaitu
- Felo Pasca Doktoral (Postdoctoral Fellow)
- Felo Penyelidikan (Research Fellow)
 PERBEZAAN JENIS LANTIKAN
1. Apakah perbezaan di antara Felo Pasca Doktoral (Postdoctoral Fellow) dan juga Felo Penyelidikan (Research Fellow) ?
Felo Pasca Doktoral (Postdoctoral Fellow) merupakan felo yang dilantik untuk menjalankan aktiviti penyelidikan secara sepenuh masa di UTM dan tidak boleh menyandang jawatan/ pekerjaan lain semasa pelantikan di UTM.
Manakala Felo Penyelidikan (Research Fellow) merupakan felo yang dilantik untuk menjalankan aktiviti penyelidikan secara separuh masa dan berada di luar negara. Felo Penyelidikan juga boleh dilantik dalam kalangan penyelidik yang berjaya mendapat tempat pengajian di institut R&D terkemuka luar negara.
 SUMBER
1. Apakah sumber pembiayaan Research Fellowship Scheme UTM?
Sumber pembiayaan adalah berbeza bergantung kepada jenis geran penyelidikan. Skim ini boleh dibiayai oleh sumber kerajaan, industri dan juga institusi luar.
KATEGORI FELO MENGIKUT SUMBER
1. Apakah kategori felo di bawah tiga (3) sumber ini?
Felo Pasca Doktoral sahaja yang mempunyai lebih daripada satu (1) kategori kerana sumber pembiayaan yang berbeza.
Terdapat tiga (3) kategori felo pasca doktoral iaitu
- Felo pasca doktoral lantikan dana UTM
- Felo pasca doktoral lantikan di bawah geran penyelidikan (sumber luar UTM)
- Felo pasca doktoral berpenaja – kawalan kewangan oleh penaja, dana tidak disalurkan ke UTM untuk pengurusan.
GARIS PANDUAN
1. Apakah syarat, kriteria dan tanggungjawab felo?
Syarat permohonan dan lantikan, garis panduan, tanggungjawab felo dan lain-lain kebajikan yang diperolehi felo telah disenaraikan di dalam kriteria skim ini yang boleh dicapai di dalam laman sesawang Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), https://rmc.utm.my/download-research-funding/
PERMOHONAN
1. Apakah kaedah permohonan untuk melantik felo di bawah skim ini?
Permohonan mestilah dibuat oleh calon Ketua Projek/ Penyelia dengan membuat pendaftaran geran (jenis geran adalah mengikut sumber pembiayaan) di dalam sistem RADIS.
Tiada penghantaran salinan keras (hardcopy) dokumen permohonan diperlukan.
PEMBUKAAN PERMOHONAN
1. Bilakah permohonan Research Fellowship Scheme UTM dibuka?
Permohonan Research Fellowship Scheme UTM dibuka pada:
- Felo pasca doktoral lantikan dana UTM – Dibuka pada 1 Mac setiap tahun.
- Felo pasca doktoral lantikan di bawah geran penyelidikan (sumber luar UTM) – Dibuka sepanjang tahun mengikut tempoh aktif geran.
- Felo pasca doktoral berpenaja – Dibuka sepanjang tahun mengikut kelulusan penaja.
 GARIS MASA
1. Berapa lama masa yang diperlukan bagi proses permohonan ini?
Lantikan felo di bawah dana UTM akan mengambil masa selama dua (2) bulan mengambilkira dari masa penawaran dibuat sehingga pemakluman keputusan kepada pemohon.
Lantikan di bawah sumber dana lain-lain adalah bergantung kepada garis masa kelulusan penaja, penyelia dan Jawatankuasa Pelantikan dan Pengurusan Skim Felo.
MAKLUM BALAS PERMOHONAN
1. Bagaimanakah keputusan akan dimaklumkan?
Keputusan permohonan akan diemelkan kepada Ketua Projek/ Penyelia. Surat tawaran juga akan diemelkan kepada calon. Calon yang tidak menerima emel adalah dianggap tidak berjaya dan rayuan adalah tidak dibenarkan.
TANGGUNGJAWAB
1. Siapakah yang bertanggungjawab terhadap felo yang dilantik?
- Penyelidik UTM yang dilantik sebagai Ketua Projek/ Penyelia hendaklah bertanggungjawab dalam memastikan semua syarat, tugas dan tanggungjawab dipatuhi oleh felo.
- Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) adalah bertanggungjawab menyampaikan maklumat berkenaan lantikan dan kebajikan kepada penyelia dan felo.
PERMOHONAN VISA
1. Apakah visa yang diperlukan untuk berada di Malaysia?
Felo pasca doktoral bukan warganegara mestilah mendapatkan employment visa/ visa penggajian semasa dilantik sebagai felo di UTM. Permohonan visa akan diuruskan oleh RMC dan kelulusan adalah bergantung kepada Jabatan Imigresen Malaysia. Kos visa akan ditanggung di bawah geran Ketua Projek.
CUKAI
1. Apakah felo akan dikenakan cukai pendapatan?
Semua felo pasca doktoral dan felo penyelidikan yang menerima upah dalam bentuk gaji bulanan oleh UTM akan dikenakan cukai pendapatan. Urusan cukai adalah di bawah pengurusan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Peratusan cukai adalah berbeza mengikut taraf pemastautin bagi setiap felo. Felo adalah bertanggungjawab sepenuhnya dalam urusan cukai masing-masing
 MAKLUMAT LANJUT
1. Siapakah yang perlu dihubungi untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan permohonan ini?
Sekretariat Skim Felo
- Felo Pasca Doktoral : rmc.postdoc@utm.my
- Felo Penyelidikan :Â researchfellow.rmc@ut.my
- Inquiries/ Request Form : https://shorturl.at/pMSZ4