FREQUENTLY ASKED QUESTIONS

FAQ – GOVERNANCE AND FELLOWSHIP

RESEARCH FELLOWSHIP SCHEME UTM

1. Apakah yang dimaksudkan dengan Research Fellowship Scheme UTM?

Research Fellowship Scheme adalah sebuah program yang dibangunkan untuk melantik graduan lepasan Doktor Falsafah bagi menjalankan aktiviti penyelidikan sepenuh dan separuh masa dalam bidang penyelidikan yang spesifik untuk mencapai kecemerlangan dalam penyelidikan dan inovasi seterusnya dapat menghasilkan penerbitan ilmiah.

Program ini juga dapat menjalinkan hubungan strategik dengan penyelidik yang dikenali di luar negara.

LANTIKAN DI BAWAH RESEARCH FELLOWSHIP SCHEME

1. Apakah kategori felo di bawah Research Fellowship Scheme?

Terdapat dua kategori felo di bawah program ini iaitu

  1. Felo Pasca Doktoral (Postdoctoral Fellow)
  2. Felo Penyelidikan (Research Fellow)

PERBEZAAN JENIS LANTIKAN

1. Apakah perbezaan di antara Felo Pasca Doktoral (Postdoctoral Fellow) dan juga Felo Penyelidikan (Research Fellow) ?

Felo Pasca Doktoral (Postdoctoral Fellow) merupakan felo yang dilantik untuk menjalankan aktiviti penyelidikan secara sepenuh masa di UTM dan tidak boleh menyandang jawatan/ pekerjaan lain semasa pelantikan di UTM.

Manakala Felo Penyelidikan (Research Fellow) merupakan felo yang dilantik untuk menjalankan aktiviti penyelidikan secara separuh masa dan berada di luar negara. Felo Penyelidikan juga boleh dilantik dalam kalangan penyelidik yang berjaya mendapat tempat pengajian di institut R&D terkemuka luar negara.

SUMBER

1. Apakah sumber pembiayaan Research Fellowship Scheme UTM?

Sumber pembiayaan adalah berbeza bergantung kepada jenis geran penyelidikan. Skim ini boleh dibiayai oleh sumber kerajaan, industri dan juga institusi luar.

KATEGORI FELO MENGIKUT SUMBER

1. Apakah kategori felo di bawah tiga (3) sumber ini?

Felo Pasca Doktoral sahaja yang mempunyai lebih daripada satu (1) kategori kerana sumber pembiayaan yang berbeza.

Terdapat tiga (3) kategori felo pasca doktoral iaitu

  1. Felo pasca doktoral lantikan dana UTM
  2. Felo pasca doktoral lantikan di bawah geran penyelidikan (sumber luar UTM)
  3. Felo pasca doktoral berpenaja – kawalan kewangan oleh penaja, dana tidak disalurkan ke UTM untuk pengurusan.

GARIS PANDUAN

1. Apakah syarat, kriteria dan tanggungjawab felo?

Syarat permohonan dan lantikan, garis panduan, tanggungjawab felo dan lain-lain kebajikan yang diperolehi felo telah disenaraikan di dalam kriteria skim ini yang boleh dicapai di dalam laman sesawang Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), https://rmc.utm.my/download-research-funding/

PERMOHONAN

1. Apakah kaedah permohonan untuk melantik felo di bawah skim ini?

Permohonan mestilah dibuat oleh calon Ketua Projek/ Penyelia dengan membuat pendaftaran geran (jenis geran adalah mengikut sumber pembiayaan) di dalam sistem RADIS.

Tiada penghantaran salinan keras (hardcopy) dokumen permohonan diperlukan.

PEMBUKAAN PERMOHONAN

1. Bilakah permohonan Research Fellowship Scheme UTM dibuka?

Permohonan Research Fellowship Scheme UTM dibuka pada:

  1. Felo pasca doktoral lantikan dana UTM – Dibuka pada 1 Mac setiap tahun.
  2. Felo pasca doktoral lantikan di bawah geran penyelidikan (sumber luar UTM) – Dibuka sepanjang tahun mengikut tempoh aktif geran.
  3. Felo pasca doktoral berpenaja – Dibuka sepanjang tahun mengikut kelulusan penaja.

GARIS MASA

1. Berapa lama masa yang diperlukan bagi proses permohonan ini?

Lantikan felo di bawah dana UTM akan mengambil masa selama dua (2) bulan mengambilkira dari masa penawaran dibuat sehingga pemakluman keputusan kepada pemohon.

Lantikan di bawah sumber dana lain-lain adalah bergantung kepada garis masa kelulusan penaja, penyelia dan Jawatankuasa Pelantikan dan Pengurusan Skim Felo.

MAKLUM BALAS PERMOHONAN

1. Bagaimanakah keputusan akan dimaklumkan?

Keputusan permohonan akan diemelkan kepada Ketua Projek/ Penyelia. Surat tawaran juga akan diemelkan kepada calon. Calon yang tidak menerima emel adalah dianggap tidak berjaya dan rayuan adalah tidak dibenarkan.

TANGGUNGJAWAB

1. Siapakah yang bertanggungjawab terhadap felo yang dilantik?

  • Penyelidik UTM yang dilantik sebagai Ketua Projek/ Penyelia hendaklah bertanggungjawab dalam memastikan semua syarat, tugas dan tanggungjawab dipatuhi oleh felo.
  • Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) adalah bertanggungjawab menyampaikan maklumat berkenaan lantikan dan kebajikan kepada penyelia dan felo.

PERMOHONAN VISA

1. Apakah visa yang diperlukan untuk berada di Malaysia?

Felo pasca doktoral bukan warganegara mestilah mendapatkan employment visa/ visa penggajian semasa dilantik sebagai felo di UTM. Permohonan visa akan diuruskan oleh RMC dan kelulusan adalah bergantung kepada Jabatan Imigresen Malaysia. Kos visa akan ditanggung di bawah geran Ketua Projek.

CUKAI

1. Apakah felo akan dikenakan cukai pendapatan?

Semua felo pasca doktoral dan felo penyelidikan yang menerima upah dalam bentuk gaji bulanan oleh UTM akan dikenakan cukai pendapatan. Urusan cukai adalah di bawah pengurusan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Peratusan cukai adalah berbeza mengikut taraf pemastautin bagi setiap felo. Felo adalah bertanggungjawab sepenuhnya dalam urusan cukai masing-masing

MAKLUMAT LANJUT

1. Siapakah yang perlu dihubungi untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan permohonan ini?

Sekretariat Skim Felo

Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index