FREQUENTLY ASKED QUESTIONS

FAQ – RESEARCH UNIVERSITY & IMPACT DIVISION (RUID)

Kaedah pembayaran APC :

1. Berdasarkan had pembayaran yang ditetapkan.
2. Melalui proses pembayaran balik
3. Pastikan Yuran Penerbitan terdapat di dalam proposal asal (diluluskan oleh penaja) dan mempunyai dana yang mencukupi dalam B29000.
4. Sila rujuk edisi terkini Journal Citation Reports (JCR) yang diterbitkan oleh Clarivate Analytics. Kedudukan quartile yang digunakan untuk tuntutan ini ialah kedudukan Faktor Impak JCR. Sila pilih kedudukan tertinggi dalam kategori JCR jurnal.

Nama pemohon hendaklah disenaraikan dalam senarai penulis untuk kelayakan menuntut APC.

Dokumen sokongan yang perlu disediakan bagi (APC) :

1. Abstrak/Artikel penuh
2. Bukti Pengindeksan Artikel atau Jurnal dalam WOS/SCOPUS/ERA
3. Surat penerimaan artikel dari penerbit
4. Resit/Bil

Claims must be made within the duration of three (3) months after APC payment has been made.

Data related to research grant can be obtained here:

https://researchsupport.utm.my/
Please select Help Topic >> RMC UTM / Data MyRA and Research Grant

Tuntutan mesti dibuat dalam tempoh 3 bulan selepas pembayaran APC dibuat.

Data berkaitan geran penyelidikan boleh didapati melalui :

https://researchsupport.utm.my/
Sila pilih Help Topic >> RMC UTM / Data MyRA dan Geran Penyelidikan

Permohonan hanya melibatkan data geran penyelidikan sahaja. Bagi data MyRA terhad kepada data yang telah diaudit dan untuk kegunaan dalaman sahaja.

Pemohon boleh merujuk maklumat dan kalender lengkap geran antarabangsa di rmc.utm.my

Garis panduan boleh didapati di laman web RMC https://rmc.utm.my/ –> Forms & Guidelines –> RU Secretariat –> Guidelines and Requirements For Article Processing Charge (APC) Claim 2021

Format semasa memohon perlu diberi perincian keperluan data dan format yang diperlukan

Permohonan Data MyRA dan Geran Penyelidikan akan disediakan dalam tempoh 2 hingga 5 hari bekerja mengikut kapasiti data dan format yang diperlukan.

Permohonan data boleh dibuat secara online di https://registrar.utm.my/mohondata melalui Pusat Pengurusan Data Universiti, Jabatan Pendaftar sebagai sumber lain bagi mendapatkan data secara keseluruhan.

MyRA adalah singkatan untuk Malaysia Research Assessment (MyRA). MyRA digunakan untuk memantau prestasi dan menilai keupayaan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam penyelidikan.

Kaedah MyRA menilai prestasi dan pencapaian Institusi dalam penyelidikan:

1. Penilaian MyRA dibuat mengikut Seksyen. Terdapat lapan (8) Seksyen MyRA iaitu: Seksyen B – Kuantiti & Kualiti Penyelidik (MyRA I = 22 markah; MyRA II = 13 markah), Seksyen C – Kuantiti & Kualiti Penyelidikan (MyRA I = 30 markah; MyRA II = 35 markah), Seksyen D – Kuantiti & Kualiti Pasca Siswazah (MyRA I = 15 markah; MyRA II = 10 markah), Seksyen E – Inovasi (MyRA I = 10 markah; MyRA II = 15 markah), Seksyen F – Khidmat Profesional dan Hadiah (MyRA I = 7 markah; MyRA II = 10 markah), Seksyen G – Jaringan & Jangkauan (MyRA I = 13 markah; MyRA II = 14 markah) dan Seksyen H – Kemudahan Sokongan (MyRA I & MyRA II = 3 markah).
2. Setiap Seksyen mempunyai Kriteria, KPI, Penanda Aras dan Skor masing-masing.

Salinan digital Glosari MyRA boleh dimuat turun melalui laman web RMC UTM (https://rmc.utm.my/). Kemudian klik pada Forms & Guidelines > RU Secretariat > Glosari MyRA I (Pindaan 2018) atau Glosari MyRA II (Pindaan 2018)

Pencapaian prestasi Fakulti boleh dilihat melalui dashboard UTMInsight@MyRA yang boleh diakses melalui: https://rdcidashboard.utm.my/login

Permohonan data MyRA boleh dibuat melalui https://researchsupport.utm.my/

UTM perlu mencapai sekurang-kurangnya 100 markah dalam MyRA I & 75 markah dalam MyRA II untuk mengekalkan status sebagai Universiti Penyelidikan.

Pencapaian MyRA juga turut mempengaruhi dalam Agihan Dana Universiti Penyelidikan.

MyMoheS merupakan satu sistem yang digunakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam mengumpul data dari semua IPTA berkaitan Staf, R&D, Pelajar dan Maklumat Institusi serta disimpan dalam satu gudang data.

Punca kuasa pelaksanaan MyMoheS adalah Pekeliling Pentadbiran Bilangan 2 Tahun 2009 Kementerian Pengajian Tinggi dan Pekeliling Pengurusan Data Kementerian Pendidikan Tinggi Bilangan 1 Tahun 2016 telah memberikan garis panduan dan arahan kepada IPTA untuk melaksanakan dan menyediakan data bagi sistem ini.

Objektif pelaksananaa MyMoheS adalah bagi memudahkan pihak KPT membuat capaian data setempat berhubung data IPTA dan memudahkan pelaporan kepada Menteri serta pihak berkepentingan lain tanpa perlu kerap mendapatkan data dari setiap IPTA.

Empat (4) modul utama bagi MyMohes iaitu:

 • Modul 1: Pelajar – 23 format data
 • Modul 2: Staf – 19 format data
 • Modul 3: Penyelidikan, Perundingan dan Komersialisasi (R,D & C) – 29 format data
 • Modul 4: Institusi – 37 format data.

Dua (2) dokumen rujukan utama di dalam penyediaan format data MyMoheS iaitu :

 1. Format Data Penyelidikan Dan Perundingan (No. Dokumen: KPT_CD_002)
 2. Kod Rujukan Penyelidikan, Perundingan Dan Pengkomersilan (No. Dokumen: KPT_SL_002)

Sebanyak Tujuh Belas (17) medan data (Rd1) yang perlu dilengkapkan sebelum dihantar ke MyMoheS melalui sistem e-Anjung.

MyMoheS membolehkan pihak IPT untuk memuatnaik tajuk penyelidikan di dalam tulisan Arab / Jawi.

Perubahan data tarikh penyelidikan ini adalah bergantung kepada :

1. Tarikh mengemukakan laporan akhir bagi penyelidikan telah tamat
2. Tarikh akhir penyelidikan
3. Tarikh Jangka jika penyelidikan masih berjalan
4. Tarikh bertukar status Projek sakit, Projek bermasalah, Projek ditangguhkan

Status penyelidikan yang diambilkira didalam MyMoheS :

 1. Selesai – Laporan akhir telah disempurnakan dan memenuhi keperluan agensi penaja dan lebihan dana masih belum dikembalikan
 2. Sedang Berjalan
 3. Ditangguhkan
 4. Bermasalah – Dari aspek Penyelidikan. Contoh: Tidak mencapai Objektif (Universiti akan alert untuk menangani masalah).
 5. Diberhentikan/Ditamatkan – Tidak Diteruskan / Dibatalkan
 6. Projek Sakit – Contoh: Over Budget, Masalah Kesihatan Penyelidik, Fizikal, Peralatan
 7. Selesai (tamat tempoh belum hantar laporan)
 8. Selesai (Tutup Projek) – Projek telah selesai dan lebihan dana telah dikembalikan kepada agensi penaja

Bagi penyelidik dalaman, sebanyak Enam (6) medan data RD1-1yang perlu dilengkapkan sebelum dihantar ke MyMoheS melalui sistem e-Anjung.

Penyelidik dalaman merupakan maklumat penyelidik/pelajar yang bertugas/belajar di universiti yang menerima pembiayaan penyelidikan bagi projek penyelidikan tersebut.

Bagi penyelidik luaran, sebanyak Sembilan (9) medan data RD1-2 yang perlu dilengkapkan sebelum dihantar ke MyMoheS melalui sistem e-Anjung

Penyelidik luaran merupakan maklumat penyelidik yang menjalankan penyelidikan bersama penyelidik di universiti yang menerima pembiayaan penyelidikan bagi projek penyelidikan tersebut.

Bagi penyelidik luaran, sebanyak Sembilan (9) medan data RD1-2 yang perlu dilengkapkan sebelum dihantar ke MyMoheS melalui sistem e-Anjung.

Penyelidik luaran merupakan maklumat penyelidik yang menjalankan penyelidikan bersama penyelidik di universiti yang menerima pembiayaan penyelidikan bagi projek penyelidikan tersebut.

Bagi data penerbitan, sebanyak Empat Belas (14) medan data RD2 yang perlu dilengkapkan sebelum dihantar ke MyMoheS melalui sistem e-Anjung.

MyMoheS membolehkan pihak IPT untuk memuatnaik tajuk penerbitan di dalam tulisan Arab / Jawi.

Bagi data nama penulis buku dan bab dalam buku, sebanyak Sembilan (9) medan data RD2-1 yang perlu dilengkapkan sebelum dihantar ke MyMoheS melalui sistem e-Anjung.

Bagi data Penerbitan – Artikel Dalam Jurnal, sebanyak Lapan Belas (18) medan data RD3 yang perlu dilengkapkan sebelum dihantar ke MyMoheS melalui sistem e-Anjung.

MyMoheS mengambilkira semua bentuk nombor ISBN contoh E-ISBN

Bagi data Penulis Artikel Dalam Jurnal, Sebanyak Lima (5) medan data RD3-1 yang perlu dilengkapkan sebelum dihantar ke MyMoheS melalui sistem e-Anjung

Bagi data penulis artikel dalam jurnal, medan nama penulis hanya terhad kepada seorang penulis. Sekiranya bilangan penulis lebih daripada seorang, sila isikan maklumat pada baris yang baru

Data Penerbitan Dalam Prosiding (Seminar / Persidangan / Bengkel), Sebanyak Dua Puluh Dua (22) medan data RD4 yang perlu dilengkapkan sebelum dihantar ke MyMoheS melalui sistem e-Anjung

Penerbitan dalam prosiding bermaksud, kertas kerja seminar dan sebagainya yang diterbitkan dalam bentuk prosiding sahaja yang perlu dikemukakan ke MyMoheS

Bagi Individu Terlibat Dalam Prosiding (Seminar / Persidangan / Bengkel), sebanyak Enam (6) medan data RD4-1 yang perlu dilengkapkan sebelum dihantar ke MyMoheS melalui sistem e-Anjung

Bagi data penerbitan umum, sebanyak Empat Belas (14) medan data RD5 yang perlu dilengkapkan sebelum dihantar ke MyMoheS melalui sistem e-Anjung

Penerbitan umum bermaksud, penerbitan Lain selain daripada buku, jurnal atau prosiding perlu dikemukakan ke MyMoheS.

Individu Terlibat Penerbitan Umum perlu melengkapkan sebanyak Empat Belas (14) medan data RD5 sebelum dihantar ke MyMoheS melalui sistem e-Anjung.

Dalam data Perbelanjaan Geran Penyelidikan, sebanyak Empat (4) medan data RD7 yang perlu dilengkapkan sebelum dihantar ke MyMoheS melalui sistem e-Anjung

Hanya nilai Ringgit Malaysia sahaja yang perlu dikemukakan ke MyMoheS bagi geran penyelidikan

Bagi data Pengiktirafan (Penyertaan Ekspo / Pameran), sebanyak Dua Belas (12) medan data RD8 yang perlu dilengkapkan sebelum dihantar ke MyMoheS melalui sistem e-Anjung

Bagi individu yang mendapat pengiktirafan (Penyertaan Ekspo / Pameran) sebanyak Empat (4) medan data RD8-1 yang perlu dilengkapkan sebelum dihantar ke MyMoheS melalui sistem e-Anjung.

Bagi individu Yang Mendapat Pengiktirafan (Penyertaan Ekspo / Pameran), Medan Nama Penerima terhad kepada seorang penerima. Sekiranya bilangan penerima lebih daripada seorang, sila isikan maklumat pada baris yang baru.

Untuk data Harta Intelek, sebanyak Dua Belas (12) medan data RD9 yang perlu dilengkapkan sebelum dihantar ke MyMoheS melalui sistem e-Anjung

Bagi data Harta Intelek (Berubah), Sebanyak Sebelas (11) medan data RD9A yang perlu dilengkapkan sebelum dihantar ke MyMoheS melalui sistem e-Anjung

Bagi data Nama Pemilik Harta Intelek, sebanyak Tujuh (7) medan data RD9-1 yang perlu dilengkapkan sebelum dihantar ke MyMoheS melalui sistem e-Anjung

Pemilik harta intelek boleh terdiri daripada nama individu, institusi atau syarikat yang lengkap sebelum dihantar ke MyMoheS melalui sistem e-Anjung

Bagi data Komersilan, Sebanyak Tujuh Belas (17) medan data RD10 yang perlu dilengkapkan sebelum dihantar ke MyMoheS melalui sistem e-Anjung

MyMoheS membenarkan satu produk dikomersilkan oleh banyak syarikat

Bagi Data Komersilan (Berubah), Sebanyak Sembilan (9) medan data RD10A yang perlu dilengkapkan sebelum dihantar ke MyMoheS melalui sistem e-Anjung

Sebanyak Sebelas (11) medan data RD11 perundingan yang perlu dilengkapkan sebelum dihantar ke MyMoheS melalui sistem e-Anjung

Sebanyak Tiga (3) medan data RD11-A perundingan (berubah) yang perlu dilengkapkan sebelum dihantar ke MyMoheS melalui sistem e-Anjung

Sebanyak Enam (6) medan data RD11-1 perunding yang perlu dilengkapkan sebelum dihantar ke MyMoheS melalui sistem e-Anjung

Sebanyak Empat Belas (14) medan data RD13 penerbitan – artikel dalam jurnal yang perlu dilengkapkan sebelum dihantar ke MyMoheS melalui sistem e-Anjung

Jumlah sitasi yang diterima adalah dalam tempoh 5 tahun terakhir bagi SEMUA PENERBITAN yang telah dihasilkan institusi sehingga tahun dinilai. Bagi jurnal yang tersenarai dalam ERA, pengiraan sitasi melalui Google Scholar boleh digunakan

Sebanyak Lima (5) medan data RD14 policy papers yang perlu dilengkapkan sebelum dihantar ke MyMoheS melalui sistem e-Anjung

Data policy papers adalah kertas dasar yang telah dibentangkan kepada Jawatankuasa Teknikal / Pemandu dan diterima oleh stakeholder sama ada agensi kerajaan atau swasta (selain institusi yang dinilai).

Sebanyak Empat (4) medan data RD14-1 individu yang terlibat dalam policy papers yang perlu dilengkapkan sebelum dihantar ke MyMoheS melalui sistem e-Anjung

Bagi data Technology Know-How Licensing, sebanyak Dua Belas (12) medan data RD15 yang perlu dilengkapkan sebelum dihantar ke MyMoheS melalui sistem e-Anjung

Know-How Licensing bermaksud teknologi pengetahuan baharu yang telah dilesenkan. Ini termasuk maklumat milikan tertutup dalam bentuk harta intelek, ciptaan, formula, reka bentuk, lukisan, prosedur dan kaedah terkumpul kakitangan akademik dari institusi pemberi lesen yang boleh membantu pemegang lesen produk/proses

Bagi data Individu Yang Terlibat Dalam Technology Know-How Licensing, sebanyak Empat (4) medan data RD15-1 yang perlu dilengkapkan sebelum dihantar ke MyMoheS melalui sistem e-Anjung

Bagi Format RD16: Gift, sebanyak Enam (6) medan data RD16 yang perlu dilengkapkan sebelum dihantar ke MyMoheS melalui sistem e-Anjung

Gift merupakan jumlah nilai pemberian dari pihak luar kepada universiti termasuk dalam bentuk kewangan, peralatan, bahan-bahan penyelidikan dan kemudahan (infrastruktur dan perkhidmatan)

Kategori /jumlah yang dikategori sebagai gift adalah jumlah nilai pemberian gift yang bernilai RM 3,000.00 dan ke atas pada tahun berkenaan dan bukan kumulatif untuk tujuan penyelidikan yang dikategorikan sebagai gift

Permohonan Geran Antarabangsa :

  1. Pemohon boleh mengemukakan kertas kerja permohonan yang lengkap ke unit Unit Korporat, Hubungan Luar dan Impak Penyelidikan dengan majukan emel kepada international scouting.rmc@utm.my
  2. Permohonan akan disemak dan dimajukan kepada Pengarah RMC.
  3. Permohonan yang telah disokong akan diemel semula kepada pemohon dalam tempoh 2-3 hari bekerja.

Pihak UTM menyediakan geran padanan kepada penyelidik bagi permohonan geran antarabangsa

Pemohon perlu mengemukakan kertas kerja permohonan (proposal) yang lengkap kepada Unit Korporat, Hubungan Luar dan Impak Penyelidikan dimana ia akan dinilai oleh panel di UTM

Keputusan penilaian akan dibentang ke dalam Mesyuarat JKPGP dan keputusan kelulusan akan diputuskan oleh ahli mesyuarat dan akan menjalankan pembukaan geran padanan.

Jumlah kelulusan kelulusan peruntukan geran padanan bagi geran antarabangsa adalah ditentukan oleh hasil mesyuarat JKPGP bagi peruntukan yang diluluskan bergantung kepada penilaian proposal serta kedudukan kewangan universiti.

Pengurusan projke Penyelidikan Geran Antarabangsa :

  1. Bermula pendaftaran geran sehingga ke pegesahan Laporan Akhir adalah dibawah tanggungjawab Seksyen Pengurusan & Pemantauan Projek
  2. Unit Korporat, Hubungan Luar dan Impak Penyelidikan hanya menyampaikan maklumat pembukaan geran sahaja kepada penyelidik serta menganjurkan bengkel penulisan proposal dengan menjemput penyelidik lain yang pernah mendapat geran tersebut untuk tujuan sesi coaching

Penerbitan yang layak memohon tuntutan Caj Pemprosesan Artikel adalah Artikel jurnal yang diindeks dalam WOS/SCOPUS/ERA layak memohon dan tuntutan itu hanya boleh dibuat sekali setiap artikel

Permohonan perlu mengandungi Affiliation ‘Universiti Teknologi Malaysia’ dalam artikel tersebut jika tiada permohonan tersebut akan ditolak

Data MyRA boleh didapati melalui : https://researchsupport.utm.my/

Kadar had bayaran yang telah ditetapkan :

WOS – Quartile 1 – RM5,000
WOS – Quartile 2 – RM5,000
WOS – Quartile 3 – RM2,000
WOS – Quartile 4 – RM2,000
WOS – No Quartile – RM2,000
SCOPUS – RM2,000
ERA – RM2,000

Pihak RMC telah menyediakan dashboard UTMInsight@MyRA bagi membolehkan Fakulti melihat pencapaian prestasi Fakulti dan trend pencapaian mengikut tahun.

Buat masa ini akses hanya diberikan kepada Timbalan Dekan (Penyelidikan & Inovasi), Pengurus Penyelidikan Fakulti dan Knowledge Management Officer Fakulti.

Dashboard boleh diakses melalui: https://rdcidashboard.utm.my/login

Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index