Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Penyelidik UTM yang dihormati,

PEMAKLUMAN PEMBUKAAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN FUNDAMENTAL (FRGS) TAHUN 2024 DI BAWAH DANA PENYELIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (DP KPT)

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

  1. Sukacita dimaklumkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan membuka permohonan Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) Tahun 2024di bawah Dana Penyelidikan Kementerian Pendidikan Tinggi (DP KPT) mulai 30 Oktober 2023 sehingga 30 Januari 2024.
  2. Permohonan adalah secara dalam talian sepenuhnya melalui Malaysia Greater Research Network System(MyGRANTS) yang boleh dicapai di pautan https://mygrants.gov.my.
  3. Permohonan FRGS Tahun 2024 adalah berdasarkan kepada tujuh (7) domain penyelidikan berikut:

(a)          Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT);

(b)          Teknologi dan Kejuruteraan (TK);

(c)          Sains Tulen dan Gunaan (STG);

(d)          Sains Kesihatan dan Klinikal (SKK);

(e)          Sains Sosial (SS);

(f)           Sastera dan Sastera Ikhtisas (SSI); dan

(g)          Warisan dan Alam Sekitar (WAS).

  1. Jumlah peruntukan (siling) adalah terhad kepada RM250,000.00bagi setiap projek dan tempoh penyelidikan yang dibenarkan adalah dua (2) atau tiga (3) tahun bagi geran FRGS Tahun 2024. Peruntukan dan tempoh penyelidikan yang dimohon mestilah berpadanan dengan skop projek penyelidikan. Permohonan yang dikemukakan juga mestilah memenuhi syarat dan keperluan yang telah ditetapkan dalam Garis Panduan (Pindaan Tahun 2024) dan Dokumen Tadbir Urus Dana Penyelidikan KPT yang berkuat kuasa.
  2. Setiap permohonan juga perlu menepati syarat-syarat seperti berikut:

6.1     Pemohon

(a)     Pemohon hendaklah mengemaskini dan melengkapkan Profil Penyelidik di dalam sistem MyGRANTS (merangkumi Maklumat Peribadi, Projek, Penerbitan, Harta Intelek (IP), Penyeliaan (Supervision), Pengajaran (Teaching), Perundingan (Consultation) dan Perkhidmatan Komuniti (Community Service)) dan perlu disahkan oleh RMC sebelum mengemukakan permohonan. Kementerian berhak menolak permohonan sekiranya maklumat tersebut tidak dikemaskini atau tidak lengkap;

(b)     Pemohon yang merupakan Ketua Projek bagi projek-projek yang telah diluluskan pada fasa terdahulu diwajibkan mengemaskini dan melengkapkan Laporan Prestasi/Laporan Akhir dalam Modul Pemantauan Sistem MyGRANTS; dan

(c)      Pemohon dibenarkan untuk mengemukakan permohonan sebagai Ketua Penyelidik bagi lain-lain geran DP KPT Tahun 2024. Walau bagaimanapun, pemohon hanya dibenarkan untuk mengetuai salah satu (1) projek sekiranya diluluskan lebih dari satu geran.

  1. Sukacita diingatkan bahawa semua permohonan yang dikemukakan mestilah berkualiti, lengkap, mematuhi tempoh masa dan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Kementerian berhak untuk menolak mana-mana permohonan atau Institusi yang gagal untuk mematuhi syarat dan kriteria permohonan yang ditetapkan. Bersama-sama ini disertakan surat rasmi pembukaan geran dan Garis Panduan FRGS (Pindaan Tahun 2024) untuk rujukan.
  2.           Jadual gerak pelaksanaan adalah seperti berikut. Mohon penyelidik mengambil maklum dan tindakan berkenaan tarikh-tarikh penting seperti di bawah:

GRANT APPLICATION WORKFLOW: FRGS 2024NoDescriptionDatePIC

1 Announcement of grant opening 30-Oct-23 RMC
2 Briefing session (WEBEX ONLINE) 6-Nov-23
(2.30 PM)
RMC Director
3 Proposal preparation and submission in MYGRANTS 30-Oct to 22-Nov-23
before 5.00pm
Project Leader
4 Appointment evaluation panel, Assigning proposal and briefing from Panel Expert 23-Nov to 30-Nov-23 RA/
Panel Expert
5 1st round evaluation process
(Amendment/ Recommended/ Not Recommended)
1 Dec to 18-Dec-23 Panel/ RA/ PL
6 Amendment and Resubmission of Proposal 19-Dec to 30-Dec-23
7 2nd round of evaluation process
(Recommended/ Not Recommended)
1-Jan to 13-Jan-24 Panel/ RA
8 Final recommendation from RA to RMC 14-Jan to 20-Jan-24 RA
9 Endorsement and analysis by RMC for JKPD meeting 21-Jan to 28-Jan-24 RMC
10 Submission to KPT in MYGRANTS system 29-Jan to 30 Jan-24 RMC

 

  1.           Sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, pihak penyelidik boleh menghubungi Pegawai Penyelidik Research Alliance, Research Manager atau Unit PemantauanRMC seperti di berikut:

 

image.pngimage.png

Perhatian pihak penyelidik berhubung perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index